loading...

Saturday, 17 June 2017

'P*ki anjing betul la, kau tak nak pinjamkan duit takyah banyak cakap' - Suami maki isteri kerana RM50


Biarpun dilayan dengan teruk, wanita ini masih tidak berputus asa untuk memujuk suaminya dengan menggunakan bahasa lembut. Tetapi si suami bagaikan tiada perasaan, terus menerus meminta wang RM50. 

Bila permintaannya tidak ditunaikan, p*kimak dan babi dilemparkan terhadap isteri. Jika ikutkan hati isteri, mahu saja dia meninggalkan lelaki itu tetapi memikirkan masa depan anak, dia bersabar dan bertahan. 

"SAYA cuma nak minta pendapat, apa yang saya harus lakukan jika suami saya selalu memaki hamun saya walaupun itu masalah itu bukan berpunca dari saya. 

"Dan saya nak tanya, apakah hukum suami selalu meminta duit isteri dan apakah hukum jika semua keperluan dan bil-bil rumahtangga isteri yang kena bayar setiap bulan. Sedangkan duit suami tidak pernah diusik langsung dari awal bulan hingga ke hujung bulan. Tetapi dia sentiasa merungut duitnya sendiri tidak cukup. 

"Kalau ikutkan hati saya, mahu saja meninggalkan semua ini. Tetapi bila difikirkan tentang anak, rasa tak sampai hati nak melihat dia membesar tanpa seorang bapa walaupun hakikatnya bapa dia banyak membebankan kami. 




"Sudah hampir tiga tahun saya berhatan. Ini antara WhatsApp yang dia hantar pada saya sebentar tadi sebelum dia block saya," tulis confessor di Kisah Rumah Tangga

Namun bagi ibu tunggal, Cik Yana, confessor berkenaan tidak sepatutnya menggunakan alasan anak untuk bertahan dan membiarkan dirinya diperlakukan seperti itu selama tiga tahun. 

"Saya ibu tunggal. Walaupun bekas suami tidak seteruk suami awak, dua tahun saja saya mampu bertahan. Jadi saya berkahwin hanya dua tahun sahaja sebab semua terhalang oleh bekas suami dan paling penting, saya tidak bahagia. 

"Tetapi berpisah bukan sebab kita tak fikirkan anak. Sebab fikirkan anaklah saya perlu ke hadapan. Biarlah bila anak sudah dewasa kelak, dia sendiri yang akan menilai bapanya macam mana. 

"Sekarang tak perlu kita cakap kasihan anak yang masih perlukan bapa. Sedangkan belum berpisah pun dia memang sudah tidak pedulikan anak. Better move on. Perempuan perlu move on untuk fokus masa depan anak," tulisnya. 


from The Reporter http://ift.tt/2tfwkTB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sKBvNM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...