TAIPING, PERAK - Seorang wanita mengalami kerugian ribuan ringgit selepas gelang emasnya disamun oleh seorang lelaki yang dipercayai menggunakan taktik pukau.
Dalam kejadian jam 9.35 pagi Selasa lalu di Bukit Kurau, gelang tangan mangsa yang bernilai RM13,000 disamun lelaki berusia lingkungan 50-an selepas mangsa dipukau lelaki berkenaan.
Menurut anak mangsa, Siti Nur Ain Razali, berkata, pada awalnya ibunya disuruh membuka gelang emasnya dan dimasukkan ke dalam sampul.
"Selepas gelang disimpan dalam sampul, lelaki itu meminta ibu saya berjalan sebanyak tujuh langkah. Dalam kesempatan itu, dia menukar sampul yang berisi gelang emas itu dengan duit syilling.
"Bayangkan duit syilling itu ada RM1.60. Gelang yang dia ambil itu bernilai RM13,000! Sedih tengok mak saya diperbodohkan begitu," katanya yang juga kesal dengan tindakan suspek berperwatakan seperti ustaz, namun sebenarnya berniat jahat.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berhubung kejadian itu.
Sementara itu di media sosial, netizen berkata itu bukan pertama kali berlaku, malah pernah berlaku di beberapa tempat yang lain.
Kata netizen, golongan penjenayah ini menggunakan modus operandi yang sama dengan menyasarkan mangsanya wanita berusia yang mudah diperdaya atau dipukau.
"Ibu mertua saya pun pernah kena begini juga. Habis gelang tangan, rantai leher dan loket disamun. Bila buka sampul, ada duit syilling saja," kata Farah Bazla Baharuddin.
"Kes pukau seperti yang berlaku pada mak saya. Habis gelang, rantai, kad bank semua siap minta nombor pin. Yang juga didalangi dua individu di mana seorang berlagak menjadi ustaz, yang seorang lagi berlagak menjadi mangsa.
"Orang itu bagi batu cincin pada mak saya. Kemudian mak saya terus terikat. Mak kata, dia cakap pada mak yang rezeki mak akan melimpah ruah. Guna nama Allah, letak dalam sampul. Tiga hari dia tak bagi mak saya bercakap dengan sesiapa.
"Sekali buka sampul itu tengok ada batu kecil banyak-banyak,. Memang sakit hati saya dengar bila mak saya ceritakan semula kejadian itu.
"Bila buat semakan di akaun bank mak, habis semua duit diambil oleh mereka. Dia cucuk duit di Kelantan, tetapi buat kerja pukau ini di Johor," kata Adex Keledex.
Justeru, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan meminta ibu bapa masing-masing sentiasa berjaga-jaga dan tidak memakai sebarang barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak ketika keluar bersendirian.
from The Reporter http://ift.tt/2sHBQAo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tkTXKu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment