loading...

Wednesday, 30 June 2021

'Alhamdulillah ada yang datang hulur bantuan' - 3 hari kehabisan beras, ibu tunggal di Kota Bharu terpaksa angkat bendera putih


Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya.


Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.


Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak 'terputus' bekalan beras.


"Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.


"Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, hari ini.


Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.


Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.


"Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.


"Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19," katanya.


Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat penceraian rasmi.


Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.


Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3hqIDGa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dyaNhD
via IFTTT

(Video) 'Ada minum? Tengok aircond saya tu, aduh...' - Lelaki pecah masuk pasar raya, rosakkan banyak barang


Seorang lelaki ditahan polis kerana memecah masuk sebuah pasar raya di Naim Bintulu Paragon, Jalan Lapangan Terbang Lama. 


Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri ketika tangkapan dibuat. 


"Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barang di dalam premis. Hasil pemeriksaan mendapati, siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek," katanya. 



Suspek direman sehingga 5 Julai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis dan khianat. 





Sumber: Utusan Borneo, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3qDhc0f
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qCIion
via IFTTT

Kes 3 remaja ditembak mati anggota polis pada tahun 2010, keluarga dapat pampasan RM1.5 juta


13 November 2010, tiga remaja iaitu Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 22, dan Muhammad Hanafi Omar 21, mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam. 


Dalam kejadian 11 tahun lalu itu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor pada ketika itu, A Thaivegan berkata, ketiga-tiga remaja itu bersenjatakan parang dan cuba menyerang polis selepas merompak beberapa stesen petrol di Monteres dan Bukit Subang sebelum ditembak mati. 


Hari ini media melaporkan, Hakim Khadijah Idris (Mahkamat Tinggi Shah Alam) memutuskan kerajaan dan polis diarahkan membayar tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,519,200 (difailkan pada November 2013) sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga tiga remaja terbabit.


Sebelum itu pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan memutuskan polis dan kerajaan bertanggungjawab ke atas kematian tiga remaja berkenaan. Perkara itu kemudian diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian ganti rugi. 


Peguam kepada tiga keluarga remaja itu, Zaid Malek berkata, "Selepas hampir 11 tahun, keluarga mangsa tembakan Glenmarie akhirnya mendapati sedikit keadilan ke atas trauma dan kehilangan besar yang dihadapi mereka disebabkan tindakan polis. 


"Kami berharap Pejabat Peguam Negara tidak merayu keputusan ini agar perkara ini dapat ditamatkan. Kami juga menggesa kerajaan dan polis untuk mengambil tindakan disiplin dan jenayah secara segera terhadap anggota polis yang terlibat. 


"Ganti rugi RM1.5 juta akan dibahagikan antara tiga keluarga. Bakinya adalah ganti rugi untuk tuntutan kebergantungan dan akan dibahagikan mengikut tuntutan masing-masing (salah laku awam, teruk, teladan dan RM19,200 untuk tuntutan kebergantungan)," katanya. 


Ibu bapa kepada tiga remaja berkenaan memfailkan saman terhadap kematian anak-anak mereka dengan menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan, serta anggota polis yang terlibat dalam tembakan yang tidak dikenal pasti. 


Saman itu menyatakan, Shamil, Hairul dan Hanafi mati akibat tembakan di dada dan kepala. Shamil yang ketika itu berusia 15 tahun mendapat 7 luka termasuk tembakan di kepala. Hairul yang ketika itu berusia 20 tahun, mengalami 3 luka termasuk di kepala, toraks dan perut, manakala Hanafi pula tujuh luka termasuk di kepala dan dada. 


Peguam keluarga itu yang memetik laporan bedah siasat dibuat Hospital Klang mendakwa, tiga remaja itu ditembak dari jarak dekat. Kejadian itu dianggap sebagai cuai dan bertindak secara terburu-buru serta tidak mengikut prosedur ketika melakukan tembakan. Selain itu, mereka mendakwa pasukan polis gagal mengawal anggotanya dalam operasi tangkapan dan sistem yang wajar berhubung penangkapan penjenayah dan pengendalian suspek yang ditangkap. 


Mereka turut mendakwa polis cuai dan tidak kompeten dalam mengiktiraf hak untuk hidup dan hak terhadap keselamatan dan kesihatan mangsa, dan polis meneruskan tindakan mereka gegal mengiktiraf peruntukan undang-undang dan hak Perlembagaan suspek/ 


Disebabkan kejadian itu, pihak keluarga mengalami tekanan dan kejutan akibat kematian anak-anak mereka.


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3hnQZOP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UU74V9
via IFTTT

Tuesday, 29 June 2021

Pelakon wanita positif dadah ditahan polis, Anjoulie tampil nafi spekulasi netizen


Semalam media melaporkan seorang pelakon wanita berusia 34 tahun ditahan polis di Nilai, Negeri Sembilan, selepas didapati positif dadah jenis methapethamine.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon itu ditahan pada jam 9.15 malam semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet.


Pelakon itu kemudian dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai untuk melakukan ujian saringan awal sebelum didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. 


Di media sosial, ramai netizen yang membuat spekulasi masing-masing dengan menggunakan 'hint' yang dilaporkan media. Berdasarkan dua hint utama iaitu umur dan lokasi individu itu ditahan, ramai yang menyangka Zarina Anjoulie. 


Namun beliau segera tampil menafikan dakwaan itu tidak berasas itu dan menawarkan ganjaran RM1,000 kepada netizen jika berjaya membuktikan dirinya ditahan polis atas penyalahgunaan dadah. 


"Aku kena gari ke? Sekarang ini pun aku memang hari-hari pergi balai sebab ada kes yang berjalan dengan benda lain. Jadi, ada ke gambar aku ditahan masuk lokap? Tak. Ada ke gambar aku kena gari? Tak. Sebab jelas aku non stop live dari Isnin aku buat story, aku buat live. 


"Bila masa aku kena reman? Kalau korang pergi IPD Nilai, pergi cari polis aku boleh bagi dan kau call cakap aku kena reman, aku bagi kau RM1,000 kalau boleh buktikan aku kena reman, okay. 


"Ini janji aku. Ada tak bukti aku kena reman? Kalau jamin polis dan sangkut urine pun kau tetap kena masuk lokap, faham tak, 12 jam," katanya. 


Sumber: Sinar Harian, Murai



from The Reporter https://ift.tt/3qB1zWX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AexctN
via IFTTT

'Dah tu, takkan nak angkat bendera PAS pulak?' - Netizen kecam 2 pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju dengan kempen angkat bendera putih


Kempen mengangkat bendera putih bagi pihak yang terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin mendapat perhatian banyak pihak. Tidak diketahui bagaimana kempen itu dimulakan tetapi ramai yang memuji insiatif itu sebagai cara untuk meminta bantuan. 


Bagaimanapun, dua pemimpin kanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Nik Abduh (Ahli Parlimen Bachok) dan Rosli Abdul Jabar (Pesuruhjaya PAS Pahang dan ADUN Tanjung Lumpur) berpandangan perbuatan mengangkat bendera putih itu seperti mengajar rakyat untuk mengaku kalah ketika berdepan dengan ujian Allah SWT. 


Nik Abduh berkata, mereka yang sedang diuji sepatutnya menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.


"Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih," tulisnya di Facebook. 


Rosli Abdul Jabar berpendapat perbuatan mengangkat bendera putih bukanlah cara yang sesuai, sebaliknya ada cara lain yang lebih baik dan menjaga maruah untuk orang ramai meminta bantuan. Malah perbuatan itu katanya adalah langkah mengibarkan kekalahan. 


"Saya tak setuju cadangan dinaikkan bendera putih untuk memaklumkan kita kehabisan makanan kerana ada yang akan mengambil kesempatan, memelihara maruah diri dan ummah. Kita masih ada cara yang lebih baik dan dapat menutup keaiban orang.


"Jangan angkat bendera putih macam orang kalah perang. Kita masih ada kekuatan. Kibarkan panji Islam dengan kibaran syiarnya Islam sebagai agama saling membantu," katanya.


Kenyataan dua pemimpin kanan PAS itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan mereka berdua bagaikan tidak memahami masalah golongan terjejas akibat PKP. 


"Orang politik. Masa nak mengundi bukan main cari rakyat segala ceruk pendalaman. Dah menang dan dibagi amanah untuk memimpin, boleh buat tak tahu dengan rakyat. Masa inilah kau cari rakyat sampai segala ceruk tu. Orang dah angkat bendera putih, kau pula yang terasa. Ini tandanya korang sebagai pemimpin yang gagal teruk!" kata Chandra Husin.

 

"Pak lebai punya mentaliti, semua benda nak dikaitkan dengan Islam. Apa kena mengena kibar bendera putih dengan peperangan bagai. Sekarang ini zaman Covid-19, orang nak memudahkan rakyat mohon bantuan. Tengok ada bendera putih, kita salurkan bantuan. Dok kaitkan dengan perang bagai," kata Blackrose. 


"Orang yang dapat elaun setiap bulan bersembang.. Kalau betul ADUN buat kerja, tak adanya rakyat sampai nak angkat bendera putih," kata Mohd Azli. 


"Di saat ramai rakyat di bawah ini sedang menderita dan marah kepada kerajaan, sepatutnya masa inilah PAS bertungkus lumus untuk menarik balik mereka ini menyokong kerajaan dengan memberi pelbagai bantuan. Jangan keluarkan kenyataan yang bakal membuatkan rakyat semakin marah. Tiada hinanya angkat bendera putih ini. Kita bukan berperang, ini cuma inisiatif untuk mereka yang terkesan," kata mohd Dolralim. 


Sumber: MalaysiaKini, FB Rosli Abdul Jabar



from The Reporter https://ift.tt/3h60eEB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hgYoj7
via IFTTT

'Ni jenis main sapu semua yang datang ke apa?' - Wanita (isteri orang) dakwa diganggu anggota polis yang salahguna maklumat dirinya


Seorang wanita mendakwa, dia dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp tidak beberapa lama selepas dia datang ke balai berkenaan untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri bersama suaminya untuk menghantar adik yang mempunyai masalah kesihatan ke hospital.


"Kau tengoklah, macam mana orang nak percaya polis? Aku pergi balai mintak kebenaran ke hospital, dia ambil nombor WhatsApp benda tak perlu. Motif? Nak kata aku lawa sangat, aku tak buka mask pun tadi dan aku deal dengan officer perempuan. Dia duduk tepi je. Ini jenis main sapu semua yang datang (ke balai) ke apa?


"This happened so often sampai orang rasa normal, when it is not. Awak sedar tak polis tu badan beruniform? Ada badge dan uniform boleh buat apa-apa dengan data kita?" tulisnya di Twitter. 



Berdasarkan gambar tangkap layar tersebut, anggota terbabit bertanya mengenai pekerjaan wanita itu. Selepas pengadu menjawab pertanyaan itu dan menyoal kembali tujuan anggota itu menghubunginya melalui WhatsApp, anggota berkenaan hanya memberi alasan 'saja bertanya'. 


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pengadu berusia 26 tahun itu datang ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis. 


Kesal dengan penyalahgunaan kuasa dan maklumat yang diberi, pengadu yang juga penganalisis pelaburan itu telah datang ke Balai Polis Gombak pada jam 7.30 malam Selasa, 29 Jun 2021 untuk membuat laporan. 


Bertindak di atas laporan pengadu, anggota terbabit telah dikenal pasti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan. 


"Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Twitter Pengadu



from The Reporter https://ift.tt/3y8HkTi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TcciLz
via IFTTT

Monday, 28 June 2021

Israel akan hapuskan 800,000 vaksin Pfizer-BionTech jika tiada pembeli


Israel akan hapuskan 800,000 dos vaksin Covid-19 yang tarikh luputnya hampir tamat andai tiada negara yang bersetuju untuk membelinya, lapor Agensi Anadolu.


Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) pada Isnin, tidak menyatakan jenis vaksin itu tetapi Tel Aviv sebelum ini dilaporkan telah membeli vaksin Pfizer-BioNTech.


Pada 18 Jun, Israel bersetuju untuk menghantar sekurang-kurangnya sejuta vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kepada Pihak Berkuasa Palestin berdasarkan satu perjanjian.


Namun, Pihak Berkuasa Palestin membatalkan perjanjian itu kerana tarikh luput dos vaksin itu selain ia tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan.


Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 3.92 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 181.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3jp5Uv6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dqARep
via IFTTT

'Minta je duit dengan isteri abang tu daripada dibuang beli barang makeup' - Wanita terkilan dengan adik ipar berprasangka buruk terhadapnya


Hancur hati seorang wanita apabila dia secara tidak sengaja terbaca mesej dari adik ipar kepada suaminya. Dalam video TikTok @ichaisyah86, wanita itu mengaku kesal dan menangis saat membaca perbualan dua beradik itu. 


"Terbaca mesej suami dengan adik ipar, tak terasa air mata ini mengalir. Tak sangka dia berprasangka buruk seperti itu terhadap saya," tulis wanita berkenaan yang turut berkongsi tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp suaminya. 


Berdasarkan perbualan itu, adik iparnya meminta untuk dipinjamkan duit untuk membeli susu anak. Namun, suaminya memaklumkan dia tidak mempunyai duit di dalam akaun bank. Tidak puas hati dengan jawapan itu, adik ipar pun memerlinya. 


Adik: "Abang, nak pinjam duit untuk beli susu anak."


Abang: "Aduh dik, akaun bank abang kosong." 


Adik: "Mintak je dengan isteri abang daripada duit dibuang untuk dia beli make up. Saya tengok isteri abang kebelakangan ni selalu berdandan. Curiga plak. Jangan sampai dia ada apa-apa, tau saja kan kalau isteri berdandan berlebihan boleh mengundang lirikan mata-mata (lelaki) jahil di luar sana."


Abang: "Ah! Tak mungkinlah, abang kenal sangat iparmu itu."


Adik: "Terserahlah, saya cuma khuatir saja kalau dia salahguna kepercayaan yang abang bagi dia. Dia juga aktif di TikTok dan media sosial lain, lebih-lebih lagi dengan wajahnya begitu." 


Abang: "InsyaAllah tak dik, harap tak sampai jadi macam tu."


Adik: "Okaylah kalau abang jaga dia. By the way, jangan lupa kirimkan duit ye, saya tunggu. Susu si Dewa (anak) juga dah habis. Abang usaha-usahakanlah ye."



Sumber: Indozone



from The Reporter https://ift.tt/2T6K2dc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SujbHs
via IFTTT

Influencer TikTok prank bagi budak iPhone untuk raih perhatian, sebelum merampasnya semula


Seorang influencer dari Rusia yang merakam dirinya memberi kanak-kanak perempuan di jalanan sebuah telefon bimbit baharu semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial, sebelum meminta telefon itu dikembalikan mengundang kemarahan netizen. 


Difahamkan, kejadian berlaku di Kiev dan Alexander Voloshin sempat memeluknya selepas memberi iPhone harga kayangan itu.


Kanak-kanak itu pada awalnya gembira menerima pemberian yang tidak dijangkakan itu sehinggalah Alexander Voloshin meminta iPhone itu dikembalikan kepadanya dan menjelaskan apa yang berlaku hanya sekadar untuk rakaman video TikTok sahaja. Namun kanak-kanak berkenaan enggan mengembalikan telefon tersebut. 


Memandangkan kanak-kanak bersama ibunya enggan mengembalikan iPhone itu, Alexander mula berubah nada dan merampas kotak iPhone dari tangannya secara paksa biarpun si ibu memarahi Alexander yang telah membuat anak perempuannya menangis. 



Tidak diketahui bagaimana situasi itu berakhir tetapi Alexander berdepan dengan kehilangan ramai followers di aplikasi tersebut. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/3A4sNtx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3w2JD8K
via IFTTT

Sunday, 27 June 2021

(Video) 'Orang di sini (Sabah) fahamlah, kita yang tahu suasana di sini' - Dituduh riak, pendakwah tampil beri penjelasan


Susulan video viral pendakwah agama dikritik netizen kerana tidak beradab dan mengaibkan orang yang menerima sumbangan, pendakwah berkenaan tampil memberikan penjelasan mengapa dia berbuat demikian. 


Baca: (Video) 'Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27...' - Netizen kritik cara pendakwah ini beri bantuan kepada golongan susah & dalam masa yang sama mengaibkan mereka 


Dalam video live semalam Hisammuddin Sulaiman menjelaskan, apa yang berlakunya bukannya seperti yang didakwa. Sebaliknya hanya orang tempatan sahaja yang faham akan situasi tersebut. 


"Ibu-ibu tahukan saya punya video itu, ibu tahu kan? Yelah, orang sini fahamlah (situasi). Kita yang tahu suasana di sini. Kita yang faham Sabah kan ibu? Siapa di depan kita, yang perlu kita bercakap begitu. 


"Bukan kita marah ibu, kalau kita marah baik kita berhenti. Kita menghadapi macam-macam. Kadang-kadang dia berebut dan melompat saja. Macam tadi pun sama, dia sudah ambil (sumbangan bekalan makanan), itu hari kan sana dia sudah ambil. Saya sudah tunjuk, bapak hari itu sudah ambil kan. Bila kita bagi, dia lompat saja. Satu orang tak dapat tadi, kesian betul. Ini masalah dia. 


"Jadi dalam video itu ibu nampak, isunya saya suruh solat saja kan? Bukan suruh buat benda lain. Sebab apa? Orang-orang yang memberi sumbangan juga, yang ada juga bersama dengan saya memberi bantuan ini, mereka juga nak menyumbang, mereka pun nak juga bahagian-bahagian itu. 


"So ibu, saya nak minta ibu bantu saya, ibu solat je. Tolong solat ye. Doakan saya, sihat. Saya tak sihat ni, kaki sakit. Tapi saya datang juga sebab sayang dengan ibu semua, dengan bapak semua," katanya. 


Beliau juga berterima kasih kepada yang viralkan dua video tersebut kerana secara tidak langsung beliau dapat bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa tinggal di Port Dickson. 


"Ibu tengok ucapan saya itu (nada) tinggi, bukan nak marah orang tak pasal-pasal. Kita mengajar, saya ajar diorang ini, tanya siapa yang tak kena rotan? Semua kena rotan dan penampar lagi. Sebab apa? Nak mereka jadi orang. 


"Orang Semenanjung yang bising ni ibu. Kita di Sabah, biasa bah itu kan? Jadi orang Semenanjung yang bising ini kita minta diorang datang untuk membantu di Sabah ini. Bukanlah kita susah sangat pun, tetapi kita perlulah membantu orang-orang yang memerlukan. Sekarang ini masalah Covid-19, kita tersangkut/terkepung.


"Bukan masalah kita miskin, kita pun ada kereta. Bukan susah mana tetapi kita tersangkut, tak boleh kerja. Bukan kita malas, tak ada kerja, tak boleh kerja, itu saja. Kalau dah boleh kerja nanti, tak ada masalah sudah, kan? 


"Yang diorang bising kat kita sampai lemparkan kata-kata kesat pada saya. Saya maafkan diorang, terima kasih tolong viralkan dan share. Kita minta sembahyang saja, bukan untuk saya tetapi untuk ibu semua. Kalau tak tahu, tanya saya. Bukan saya nak marah tak pasal-pasal. 


"Cumanya di tempat hari itu, memang di kampung itu saya buat surau, kampung itu saya hantar sapi buat korban, buat pertandingan bola sepak, buat sukan budak-budak. Dulu saya ada sekolah tadika pintar di Port Dickson, jadi suara saya mengajar memang begitulah," katanya semasa menyampaikan sumbangan di kawasan Keningau. 



Sumber: Facebook Hisammuddin Sulaiman




from The Reporter https://ift.tt/3w1bR3I
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jjSxMn
via IFTTT

'Tiada seorang pun yang bantu suami saya' - Pelanggan ditembak Security Guard sebab cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka


Seorang pelanggan yang cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka, ditembak oleh pengawal keselamatan dalam kejadian yang berlaku di Bank of Baroda, Bareilly, Uttar Pradesh, India. 


Pelanggan berkenaan yang bernama Rajesh Kumar, cuba masuk ke bank tersebut pada jam 11.30 pagi, Jumaat, 25 Jun 2021 sebelum didatangi oleh pengawal keselamatan, Keshav Prasad Mishra, yang menghalangnya dari masuk sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka. 


Rajesh dikejarkan ke hospital, manakala Keshav telah ditahan polis untuk siasatan. Dalam keterangan, kepada polis, Keshav menegaskan dia terpaksa melepaskan tembakan kerana mangsa cuba masuk ke bank itu secara paksaan. 


Sementara itu, isteri Rajesh, Priyanka memaklumkan, suaminya pergi ke bank tersebut untuk memperbaharui buku akaun bank. 


"Suami saya pergi ke bank itu untuk memperbaharui buku akaun bank. Dia tidak memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan masuk. 


"Tidak beberapa lama kemudian, dia kembali dengan memakai pelitup muka. Tetapi pengawal keselamatan yang sama sekali lagi tidak membenarkan dia masuk kerana waktu itu adalah waktu makan pagi," katanya. 


Maka tercetuskan pertengkaran di antara mangsa dan pengawal keselamatan itu sehingga menyebabkan Rajesh ditembak. 


"Tidak ada seorang pun kakitangan bank yang membantu suami saya. Saya dihubungi oleh anak perempuan yang memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas ke bank tersebut dan mendapati suami saya terbaring di lantai tanpa diberi sebarang bantuan. Saya sendiri yang membawanya ke hospital dengan menaiki perkhidmatan beca," katanya. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3xYDH2c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3he6t8l
via IFTTT

Saturday, 26 June 2021

Cemburu buta, lelaki ini libas parang pada mangsa yang dituduh cuba merebut bekas isterinya sehingga mati


Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Tr' berusia 45 tahun nekad membunuh mangsanya, Anwar, 52, yang dituduh cuba merebut bekas isterinya dengan melibas mangsa secara membabi buta sehingga mati. 


Ketua Polis Daerah Nunukan, Kalimantan Utara (Indonesia), Syaiful Anwar berkata, mangsa sebelum itu berada di tempat kerjanya bersama dengan tiga rakannya yang lain sebelum didatangi oleh suspek yang menunggang motosikal. 


Suspek terus meluru dan melibas parang ke arah kepala, leher dan perut menyebabkan mangsa terus tersungkur. Melihat keadaan Anwar yang sudah tidak bernyawa, suspek terus panik dan membuang parangnya sebelum menyerah diri ke balai polis. 


Mangsa sempat dikejarkan ke hospital oleh saksi dan polis, tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami. 


Siasatan awal mendapati, suspek telah merancang untuk melakukan pembunuhan itu. Suspek berang apabila mengetahui hubungan di antara Anwar dan bekas isterinya yang bernama Ida. 


"Suspek dengan ida berkahwin pada tahun 2017. Kemudian pada tahun 2019, mereka berpisah. Menurut Ida, hubungan mereka sudah berakhir tetapi suspek tidak dapat menerima kenyataan itu," katanya.


Difahamkan, pasangan itu semasa berkahwin sering bertengkar sehingga suspek mengetahui yang Ida mempunyai hubungan dengan Anwar. Bahkan pada Jumaat lalu, 25 Jun 2021, suspek juga cuba membakar rumah bekas isterinya itu. 


Keesokan harinya, suspek membeli sebilah parang yang kemudian digunakan untuk menghabiskan nyawa Anwar. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3A5TrSH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3xRmZ4C
via IFTTT

'Diekori dari dalam lif sampai depan rumah...' - Gadis nyaris dirogol lelaki mental di Putrajaya


Seorang wanita berusia 23 tahun nyaris dirogol lelaki tidak dikenali yang mengekorinya sebelum diselamatkan jiran dan pekerja penghantar makanan di Putrajaya, kelmarin. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.51 petang di mana suspek berusia 32 tahun mengekori mangsa dari dalam lif sehingga ke rumahnya. 


Sebaik tiba di hadapan rumah, suspek terus mengacu pisau menyebabkan mangsa ketakutan lalu masuk ke dalam rumah dan memanggil rakannya. Namun, suspek bertindak masuk ke dalam bilik mangsa dan mengunci pintu. 


Jiran dan pekerja penghantar makanan yang kebetulan berada di lokasi kejadian terus datang membantu menahan suspek.


Siasatan awal mendapati, keluarga menyatakan suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak beberapa tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. 


Suspek kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3diPS1Q
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3dg0IG0
via IFTTT

Mat Pet nekad buat laporan palsu, untuk raih perhatian isterinya yang nak tuntut cerai


Seorang lelaki sanggup merisikokan rumah tangganya dengan membuat laporan palsu kononnya dia disamun dan motosikalnya dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali kelmarin, semata-mata mahu meraih perhatian isterinya yang menuntut cerai.


Ketua Polis Daerah Kota Belud (Sabah), Superintendan Sahimi Husin berkata, helah lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun kantoi selepas curiga dengan laporannya sebelum dia mengaku membuat laporan palsu. 


"Suspek kemudian membawa polis ke lokasi dia menyembunyikan motosikalnya dan mengaku terpaksa membuat laporan itu kerana mahu menyelamatkan rumah tangganya. 

"Ujian saringan air kencing dibuat dan mendapati dia positif dadah jenis yabu. Dia ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. 


Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Justeru, Sahimi mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan sedemikian dan jika didapati memalsukan laporan boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum penjara dan denda jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3wZighr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TanAjd
via IFTTT

PKP 3.0 akan terus disambung, bantuan moratorium pinjaman & pengeluaran wang dari KWSP akan diumumkan


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok dan fasa pertama akan terus disambung. 


Beliau berkata, PKP 3.0 (fasa pertama) tidak akan ditamatkan sehingga angka kes positif Covid-19 harian kurang dari 4,000 kes sehari. 


Kerajaan akan mengumumkan bantuan tambahan lebih menyeluruh kepada semua golongan masyarakat pada Isnin atau Selesa depan. 


Sementara itu, pengumuman mengenai moratorium pinjaman dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar juga akan dibuat tidak lama lagi. 


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, "Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dana agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah," katanya. 


Pada 1 Jun lalu, kerajaan memberikan moratorium pinjaman tiga bulan kepada golongan B40 dan individu yang kehilangan pekerjaan. Namun, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati di mana bantuan itu juga sepatutnya diperluaskan kepada golongan M40. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3xYxQd2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3wZdnVx
via IFTTT
loading...