loading...

Saturday, 26 June 2021

Cemburu buta, lelaki ini libas parang pada mangsa yang dituduh cuba merebut bekas isterinya sehingga mati


Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Tr' berusia 45 tahun nekad membunuh mangsanya, Anwar, 52, yang dituduh cuba merebut bekas isterinya dengan melibas mangsa secara membabi buta sehingga mati. 


Ketua Polis Daerah Nunukan, Kalimantan Utara (Indonesia), Syaiful Anwar berkata, mangsa sebelum itu berada di tempat kerjanya bersama dengan tiga rakannya yang lain sebelum didatangi oleh suspek yang menunggang motosikal. 


Suspek terus meluru dan melibas parang ke arah kepala, leher dan perut menyebabkan mangsa terus tersungkur. Melihat keadaan Anwar yang sudah tidak bernyawa, suspek terus panik dan membuang parangnya sebelum menyerah diri ke balai polis. 


Mangsa sempat dikejarkan ke hospital oleh saksi dan polis, tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami. 


Siasatan awal mendapati, suspek telah merancang untuk melakukan pembunuhan itu. Suspek berang apabila mengetahui hubungan di antara Anwar dan bekas isterinya yang bernama Ida. 


"Suspek dengan ida berkahwin pada tahun 2017. Kemudian pada tahun 2019, mereka berpisah. Menurut Ida, hubungan mereka sudah berakhir tetapi suspek tidak dapat menerima kenyataan itu," katanya.


Difahamkan, pasangan itu semasa berkahwin sering bertengkar sehingga suspek mengetahui yang Ida mempunyai hubungan dengan Anwar. Bahkan pada Jumaat lalu, 25 Jun 2021, suspek juga cuba membakar rumah bekas isterinya itu. 


Keesokan harinya, suspek membeli sebilah parang yang kemudian digunakan untuk menghabiskan nyawa Anwar. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3A5TrSH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3xRmZ4C
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...