loading...

Saturday, 19 June 2021

Kanak-kanak 2 tahun maut akibat tertelan bateri remote control TV

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas tertelan bateri dari remote control. Harper-Lee Farnthorpe, 2, meninggal dunia di Royal Stoke Universiti Hospital beberapa jam selepas tertelan bateri tersebut. 


Mangsa sebelum itu dikatakan demam dan dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia ketika dibedah doktor untuk menyelamatkannya. 


Hospital memaklumkan, ibu mangsa, Stacey Nicklin memberitahu anaknya tertelan bateri remote control selepas menemui alat kawalan TV itu tanpa bateri di bilik anaknya pada 23 Mei 2021.


Harper-Lee kelihatan pucat dan mengalami tekanan darah tinggi semasa dibawa ke Hospital. Dr Anna Piggot menjelaskan, terdapat pendarahan di mulut mangsa yang juga mengalami kehilangan darah yang banyak. 


Tambah Dr Piggot, walaupun asid dari bateri itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman, termasuk ulser di bahagian esofagus. 


Koroner Andrew Barley yang terlibat dalam inkues kematian mangsa berkata, kematian Harper-Lee diklasifikasikan sebagai kemalangan. 


Susulan itu, Staffordshire Safeguarding Children Board telah mengeluarkan amaran kepada golongan ibu bapa untuk berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak kecil bermain dengan bateri alat kawalan jauh seperti kunci kereta, remote TV dan mainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. 


"Bateri bertindak balas dengan air liur. Jika kanak-kanak tertelan bateri, ia akan menyebabkan luka dan kecederaan dalaman, malah boleh menyebabkan maut," katanya. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2TN7SdE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3wC631Q
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...