loading...

Sunday, 13 June 2021

(Video) 'Rakam untuk main-main, tak tahu ia sesuatu yang serius' - 3 lelaki tampil mohon maaf selepas dikecam mempersendakan azan


Mohon maaf setelah melakukan perbuatan yang tidak menjaga sensitiviti agama dengan alasan tidak tahu perkara itu akan menjadi serius, itulah alasan tiga individu yang didapati melakukan perbuatan menghina agama dalam video viral di media sosial baru-baru ini. 


Terdahulu, klip video Instastory yang menunjukkan seorang lelaki sedang menahan kepedasan setelah makan makanan pedas sambil disaksikan beberapa rakannya yang lain. 


Tatkala menahan kepedasan itu, lelaki terbabit meletakkan dua tapak tangannya di bahagian telinga membuatkan individu yang merakam video memintanya melakukan perbuatan tersebut sekali lagi.


Individu yang dikenali sebagai Ruban itu, akur dan melakukannya. Dalam masa yang sama, si perakam menyebut Allahuakbar beberapa kali dengan sebutan yang salah dan sekali gus dilihat seperti mempersendakan azan agama Islam. 


'Gurauan' tidak berakal itu membuatkan Ruban menghentak meja dengan tangannya beberapa kali. Gurauan tersebut kemudian disambung pula oleh seorang lagi rakan mereka yang menyebut "Bismillahirrahmanirrahim..." dengan sebutan yang tidak betul, mengundang gelak ketawa rakan-rakannya yang lain. 


Video itu kemudian viral di media sosial dan akibatnya, mereka dikecam teruk sehingga timbulnya desakan terhadap Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu berkenaan yang sangat jelas telah mempersendakan agama Islam. 



Bagaimanapun, sedar akan perbuatan mereka yang telah mengundang kemarahan ramai, tiga individu terbabit tampil memohon maaf.


"Saya Ruban dalam video viral berkenaan. Di sini saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kelakuan saya. Saya tidak berniat jahat (rasis) dalam video tersebut. Saya dan kawan-kawan sebelum itu mengadakan Ghost Pepper Challenge. Disebabkan itu, saya tidak dapat menahan kepedasan lalu meletakkan tangan di telinga


"Tetapi salah seorang rakan saya yang sedang merakam video itu, dia menggunakan ayat yang tidak sepatutnya dengan menyuruh saya buat sekali lagi. Saya tidak tahu dia akan buat perbuatan seperti ini. 


"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan besar saya dan rakan-rakan saya telah lakukan. Kami berjanji, hal seperti ini tidak akan berulang lagi. Saya memohon maaf dengan penuh ikhlas kepada semua dan berharap anda dapat memaafkan kami," kata Ruban. 



Sementara itu, perakam video, Brandon Eng, turut tampil memohon maaf dan menjelaskan video tersebut dirakam bagi tujuan bergurau sahaja dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu yang sangat serius. 


"Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini," katanya. 


Seorang lagi lelaki yang terbabit dalam video viral itu, Ryan, turut meluahkan rasa kesal dan bersalah di atas perbuatannya. 


"Saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tidak berfikir sebelum melakukan perbuatan itu. Saya bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Saya memohon maaf kepada semua di luar sana," katanya. 


Di media sosial, netizen tetap bengang dengan sikap golongan seperti ini yang gemar membuat gurauan tidak cerdik dan seterusnya memohon maaf setelah dikecam. 




"Senang hidup di dunia ini. Ingat agama Islam ni untuk dipermainkan, bahan ketawa bagai? Rasanya dah naik muak dah dengar mohon maaf ni," kata netizen. 


"Lepas buat, lepas viral, lepas kena kecam, lepas tu minta maaf. Itu yang makin menjadi-jadi. Jangan sesekali mempermainkan agama. Rakyat tunggu tindakan. Rakyat is watching," tambah netizen lain. 


Sumber: Video Viral, Kosmo



from The Reporter https://ift.tt/3iEcD3D
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iDEGQN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...