Seorang lelaki berusia 23 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun, minggu lalu, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Nor Ikmal Arif Mohd Kassim, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan, Nor Ikmal Arif didakwa merogol mangsa di Kampung Pasir Tumboh, antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, pada 27 Mei 2021.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Mohd Faizuan memohon mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi penganggur itu. Tertuduh pula memohon agar dibenarkan ikat jamin dengan kadar rendah kerana dia sudah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdedkat setiap bulan. Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 4 Julai 2021 untuk tarikh hukuman bagi kesalahan itu.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/34FGLUg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3poBFp7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment