Selasa lalu, seorang bapa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak perempuannya pada 31 Mei 2021 selepas keluar bermain luncur di taman berdekatan rumahnya pada jam 10 malam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengesahkan, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja dikenali sebagai Nur Elida, 15, dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang (OH).
Kali terakhir remaja itu dilihat berada di Seksyen 7. Kehilangan remaja itu disedari ketika adiknya mahu memanggilnya pulang ke rumah, namun hanya menemui sarung tangan dan topi keledar di tempat kejadian.
Pagi 4 Jun 2021, IPD Shah Alam melancarkan operasi mengesan Nur Elida di sekitar kawasan Shah Alam. Hasil dari Ops Jejak itu, polis berjaya menemui remaja itu dalam keadaan baik di rumah sewa teman lelakinya berusia 19 tahun di Padang Jawa.
Susulan itu, lelaki terbabit ditahan polis untuk membantu siasatan atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu. Teman lelakinya sudah ditahan untuk direman dan disiasat atas kesalahan rogol," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3pkcfZy
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uRSyJR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment