Pasangan suami isteri di Colorado menuntut penjelasan dari sebuah hospital di Denver selepas mereka mendapati wajah bayi mereka mengalami luka di bahagian muka ketika menjalani proses bersalin secara pembedahan.
Reazjhana Davis dan Damarqus Williams, menimang anak perempuan, Kyanni Williams, di Hospital Kesihatan Denver pada Selasa lalu. Namun kegembiraan pasangan itu terbantut apabila mendapati wajah anak mereka mengalami kecederaan.
Mereka turut berkongsi gambar yang menunjukkan kecederaan pada pipi kiri Kyanni di mana dia terpaksa menerima 13 jahitan yang akan meninggalkan kesan parut kekal.
Davis, ibu Kyanni berkata, pada awalnya dia merancang untuk bersalin secara normal. Tetapi beberapa minit sebelum itu dia diberi pil untuk mempercepatkan proses berslain sebelum dibawa ke bilik pembedahan.
"Pihak hospital kata, mereka tidak dapat mendengar degupan jantungnya lalu membawa isteri saya ke bilik pembedahan. Saya dimaklumkan oleh mereka yang wajah Kyanni berada dekat dengan dinding plasenta," kata Williams.
Sementara itu, datuk kepada bayi berkenaan, Walter Williams, menggambarkan insiden yang berlaku terhadap cucunya itu sangat tidak boleh diterima. Davis juga mengatakan dia tidak pernah mendengar kes bayi yang mengalami kecederaan di muka ketika menjalani kelahiran secara pembedahan.
Pihak hospital pula menjelaskan, mereka telah menghubungi keluarga berkenaan dan menegaskan walaupun berlaku komplikasi perubatan ketika meyambut kelahiran bayi itu secara pembedahan, tumpuan utama mereka adalah memberi rawatan kepada ibu dan anak, selain menjamin keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
Nenek Kyanni, Tashaira Williams, meluahkan rasa sedihnya dengan kejadian yang menimpa cucunya itu dan menuntut pihak hospital bertanggungjawab di atas kecederaan Kyanni.
"Saya rasa itu tidak betul, mereka harus dipertanggungjawab di atas apa yang mereka telah lakukan," katanya yang juga telah melancarkan kempen GoFundMe untuk membantu Davis dan Williams mendapatkan peguam bagi tujuan tindakan undang-undang.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3vRD9JL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3zOGCvS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment