loading...

Saturday, 19 June 2021

Pencuri 'terharu', polis anjur surprise birthday party yang ke-18


Seorang lelaki muda di Brazil baru-baru ini diraikan dengan sambutan ulangtahun kelahirannya oleh polis, selepas ditahan atas kesalahan mencuri pada hari dia genap berusia 18 tahun. 


Ulangtahun kelahiran sepatutnya disambut dengan gembira, tetapi tidak bagi Paulo Rodrigo das Neves yang ditahan selepas perbuatan mencurinya peralatan bunyi dan aksesori kereta dirakam kamera litar tertutup (CCTV).


Dalam keadaan terpaksa, Paulo terpaksa dan reda diaibkan oleh sekumpulan anggota beruniform itu dalam 'majlis' tersebut. Malah, mereka turut menyediakan kek dan sebotol besar air Coca-cola. Kesemua insiden itu dirakam salah seorang anggota yang kemudian dimuat naik ke media sosial. 



Berdasarkan riak wajah Paulo, dia kelihatan tidak begitu selesa dengan situasi itu. Namun tiada apa yang dapat dilakukannya dan terpaksa menadah telinga mendengar nyanyian sambutan hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan tak rela. 


Bagaimanapun, anggota polis yang terlibat dalam insiden itu kini telah tahan untuk membantu siasatan. Jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan tindakan disiplin.


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/2SaAXzl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TMIEw6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...