loading...

Friday, 4 June 2021

(Video) 'Polis BSP, kenapa buka 1 lane jer? Kepala bapak kau b***h!' - Tak puas hati hadap jalan sesak disebabkan SJR, wanita hina polis secara terbuka di Instagram sebelum padam akaun


Viral di media sosial tindakan seorang wanita secara terang lagi jelas menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Bandar Saujana Putra (BSP) dalam luahan ketidakpuasan hatinya, baru-baru ini. 


Video berdurasi 7 saat itu jelas menunjukkan wanita terbabit mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota PDRM BSP yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di kawasan tersebut. 


"Satu! Polis BSP, tolonglah cerdik sikit. Kenapa kau buka satu lane jer?! Kepala bapak kau b***h!" kata Atishaazn. 


Susulan viral video tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan dan akan menyiasat video tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.


Selain itu, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 


Setakat ini, polis sedang mengenal pasti identiti wanita tersebut. Semakan di Instagram juga mendapati, wanita itu telah memadamkan akaunnya. 



Di media sosial, netizen mengecam perbuatannya yang dianggap langsung tidak menghormati pihak berkuasa yang hanya menjalankan tugas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dipatuhi. 


"Dia ingat polis suka-suka kot pacak kat jalan tu 24 jam. Kalau tak mampu nak hargai pengorbanan diorang, janganlah sampai memaki. Orang lain pun sama juga hadap kesesakan tetapi okay saja. Yangg perempuan ini jadi gila apa sampai maki kepala bapak?" kata Irman Euro


"Kebenaran berkata-kata dah diberi, tetapi jangan menghina orang. Pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan. Kita sebagai rakyat biasa perlu hormat undang-undang," kata Aniq JJ. 


Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3wTHWvi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3uPSASy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...