loading...

Tuesday, 15 June 2021

Suspek miliki 3 paket dadah, 16 rekod jenayah lampau


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santon mengesahkan seorang pemotong rumput berusia 46 tahun berasal dari Kampung Melayu, Ayer Hitam ditahan selepas cuba melarikan diri sehingga melanggar seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.40 pagi, suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui persimpangan lampu isyarat antara Jalan P Ramlee dan Jalan Perak. 


Baca: (Video) Driver Myvi lari dari pemeriksaan polis, rempuh orang awam sehingga mati sebelum ditangkap 


Dua anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang sedang melakukan rondaan ketika itu bertindak menahan suspek untuk pemeriksaan. Namun, suspek bertindak memecutkan kenderaannya di Jalan Batu Uban 2.


Ketika melalui Jalan Perak, suspek telah melanggar lelaki warga emas yang sedang melintas jalan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek terus memecut ke Jalan Van Praagh. 


Polis mengarahkan suspek berhenti untuk kali kedua, tetapi tidak diendahkan dan masih agresif sehingga nyaris melanggar anggota polis menyebabkan tiga das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kanan dan satu das tembakan lagi ke arah hadapan kereta suspek, Perodua Myvi. 


Suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati, suspek memiliki tiga paket dadah jenis heroin seberat 13 gram. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. 


Kereta yang dipandunya pula didaftarkan atas nama sebuah syarikat kereta sewa yang beralamat di Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas. Berhubung pakaian suspek yang tertera logo Konsulat Indonesia, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/35niDpO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3zrLIxY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...