loading...

Monday, 1 March 2021

(Video) 'Pergi kedai nak makan, kedai tutup' - Sekumpulan lelaki kelaparan mengamuk di restoran


Malam Ahad, sekumpulan lelaki dirakam menjahanamkan sebuah premis di Jalan Tun Sambathan dengan membaling kerusi dan meja plastik dan video kejadian itu viral di media sosial. 


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam dan pada ketika itu restoran berkenaan sudah menutup operasi perniagaannya.


Namun, datang sekumpulan lelaki terbabit yang dikatakan mahu makan di restoran itu, tetapi tidak dibenarkan kerana operasi restoran telahpun tamat, membuatkan mereka bengang lalu menimbulkan rusuhan. 


Difahamkan, restoran itu menamatkan operasi perniagaannya pada jam 10 malam kerana patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP yang menetapkan operasi perniagaan hanya dibenarkan sehingga jam 10 malam. 


Ekoran dari kejadian itu, pihaknya telah melakukan operasi khas pada jam 1 pagi dan telah menahan tiga daripada sebelas individu yang terbabit dalam rusuhan itu. Baki suspek sedang dikesan dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata. 



Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3uKmIzF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/302NqW5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...