31 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dengan Addy Kanna dalam sindiket penipuan Macau Scam berdepan dengan tindakan tegas termasuk dibuang kerja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kini telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan dirujuk kepada Pengerusi SPP, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.
Abdul Hamid berkata, kesalahan yang dilakukan itu adalah sangat serius dan selaku Ketua Polis Negara, beliau akan membawa kes itu ke peringkat atasan agar dapat diambil tindakan tegas dan adil.
"Apabila perkara ini diangkat ke atas, kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Itu kuas yang ada pada SPP," katanya.
Hujung tahun 2020, seramai 31 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat termasuk pegawai kanan berpangkat deputi komisioner telah disiasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam dan judi online membabitkan Addy Kanna.
Kesemua mereka disiasat secara menyeluruh terutamanya berhubung pemilikan aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji. Salah seorang yang disiasat berpangkat inspektor dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/37VyoWy
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q932St
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment