loading...

Wednesday 17 March 2021

Disyaki terima suapan RM3,000 sebulan untuk melindungi pemandu lori, 33 Pegawai JPJ ditahan SPRM


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan seramai 32 pegawainya yang membabitkan kakitangan di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka, ditahan kerana disyaki menyalahguna kuasa dan rasuah sehingga menyebabkan ketirisan pada hasil negara. 


Dalam kenyataan media Selasa, 16 Mac 2021, JPJ berkata, 32 pegawainya itu ditahan menerusi Ops Sukat, hasil kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


Ops Sukat itu dilakukan bagi memastikan jabatan itu bebas daripada kes salahguna kuasa dan rasuah. JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej dan integriti jabatannya. 


Difahamkan, mereka yang ditahan itu terlibat dalam sindiket melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih dan tidak memenuhi aspek teknikal. 


Pegawai JPJ yang 'korup' terbabit dipercayai menerima lebih kurang RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.64 juta sejak 2019 hingga 2020. 


Modus operandi suspek adalah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan. Wang rasuah yang diterima juga akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.


Sumber: Harian Metro, JPJ, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3lsjWLs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3txgstA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...