Sebuah kereta dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain dan gerai-gerai makanan di Jalan Taman Mesra, pada Rabu, 10 Mac 2021.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3 petang yang menyebabkan seorang peniaga lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan akibat terkena minyak panas.
Siasatan awal mendapati, kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu keluar dari kawasan tempat letak kereta dan secara tiba-tiba hilang kawalan kerana masalah brek.
Pemandunya kemudian panik lalu terlanggar bahagian kiri Honda City yang dipandu seorang wanita berusia 39 tahun sebelum melanggar tiga gerai yang berada di kawasan itu.
Selepas kemalangan itu, wanita berkenaan memeriksa keadaan Proton Saga tersebut dan mendapati pelapik getah atau alas kaki di bahagian tempat duduk pemandu itu terlipat yang dipercayai menjadi punca kereta itu hilang kawalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Para pemilik kenderaan dinasihatkan untuk tidak menggunakan pelapik getah atau kaki yang boleh mendatangkan masalah sehingga menjadi punca kemalangan jalan raya. Pemandu perlu sentiasa memastikan keadaan di bawah pedal brek dan minyak adalah selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama berlaku.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3tjEUyP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OioM1H
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment