loading...

Saturday, 27 March 2021

'Kamu selalu tuduh saya bonceng awek lain kan?' - Lelaki letak paku di belakang seat motor untuk yakinkan kekasihnya yang dia setia


Perasaan cemburu dalam hubungan adlaah normal. Tetapi jika perasaan cemburu itu terlalu menebal, ia boleh mendatangkan kerugian dalam hubungan. 


Baru-baru ini seorang lelaki mengejutkan warga maya dengan cara unik yang dilakukannya. Khoirul Anam sering dituduh membonceng banyak perempuan menggunakan motosikalnya. Bagi meredakan kecemburuan teman wanitanya, Khoirul melakukan pengubahsuaian pada kenderaannya itu. 


"Kamu selalu tuduh saya bonceng awek lain. Kalau motor saya dah ubah suai macam ni, kamu masih nak menuduh saya lagi ke? Saya teman lelaki yang setia," tulisnya pada status di Facebook. 


Demi menunjukkan kesetiaannya pada teman wanita, Khoirul mengambil keputusan untuk membenam sejumlah besar paku di bahagian tempat duduk belakang motosikalnya agar tiada yang dapat duduk di belakangnya, sekali gus meredakan rasa cemburu si kekasih.



Pengubahsuaian unik itu dikongsikan di Facebook dan menerima banyak reaksi netizen sehingga posting itu dikongsi lebih dari 28 ribu kali. 


Pengubahsuaian itu juga membuatkan teman wanitanya tidak dapat duduk di bahagian belakang dan terpaksa mencangkung di bahagian depan penunggang sekiranya mahu mengikuti lelaki itu ke mana-mana.



from The Reporter https://ift.tt/3d6IGF8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39kcCfV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...