Tekanan demi tekanan UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kerap berlaku, lebih-lebih lagi di musim Persidangan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung.
Terbaru, Puteri UMNO meminta parti itu untuk tidak terus menjalinkan kerjasama dengan Bersatu, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Puteri UMNO sempena PAU 2020 di PWTC hari ini.
"Bagi kita, No DAP, No PKR, ia tak boleh dipertikaikan. Cuma kita hanya tambah satu lagi, No Dap, No PKR dan No PPBM (Bersatu), sebab kita tahu tujuan asal Bersatu memang untuk musnahkan kita," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan, PN sedia meletak calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO terus berkeras tidak mahu bertolak ansur berhubung pengagihan kerusi.
Jelasnya, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15 nanti.
"Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi parlimen, jika menang bentuk kerajaan, tak mengapalah. Namun, kalau UMNO mahu ambil semua, saya (PN) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh sebab ini politik.
"Bukan tak penting isu kerusi, penting kalau tiada kerusi tidak dapat tubuh kerajaan. Tetapi saya tidak mahu jadi sombong, nanti rakyat marah.
"Kita sebagai ahli politik seharusnya mendahului kepentingan rakyat termasuk menyelesaikan masalah berbangkit akibat pandemik Covid-19, menyelesaikan pemberian vaksin dan mengukuhkan ekonomi rakyat, berbanding isu lain," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3lX6mQd
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31n844b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment