loading...

Monday, 15 March 2021

'Ini baru betul, tapi jangan settle belakang okeh!' - Netizen puji polis saman anggotanya kerana guna no plat fancy & beberapa kesalahan lain


Isnin, 15 Mac 2021, polis melakukan Operasi Khas Bunyi Bising dan Ubahsuai secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Cwangan Khas IPK Kedah.


Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanudin Hassan berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan pegawai dan anggotanya di IPK Kedah patuh pada peraturan. 


Operasi yang bermula pada jam 7.30 pagi itu membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan, yang disertai dua pegawai dan enam anggota JSPT IPK Kedah, tiga pegawai dan tujuh anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan dua pegawai serta seorang anggota JIPS IPK. 


Sebanyak 128 kenderaan dan 116 motosikal diperiksa oleh JSPT, manakala 160 kenderaan dan 99 motosikal diperiksa oleh Cawangan Khas. Sementara itu, JIPS pula melakukan pemeriksaan terhadap 22 orang. 


Pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam IPK Kedah, melanggar undang-undang jalan raya. Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan telah dikenakan saman. 


Jelas Datuk Hasanudin, pemeriksaan itu akan kerap dilakukan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pegawai dan anggotanya masih melakukan kesalahan itu. 



Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2NmHLaR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lj1oND
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...