loading...

Friday, 26 March 2021

(Video) 'Blahhhh!!' - Wanita dipercayai guru tolak & campak murid sebelum menghalaunya keluar dari kelas


Viral di media sosial sejak tengah hari tadi video seorang wanita yang dipercayai guru di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, bertindak mengasari seorang murid lelaki mengundang kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengannya. 


Biarpun tidak diketahui punca sebenar guru itu bertindak sedemikian, tetapi bagi netizen perbuatan guru itu tidak wajar dan tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pendidik. 


Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan, guru berkenaan terdahulu memegang bahu murid berkenaan dan menyebut sesuatu yang kurang jelas sebelum menolaknya sehingga terjatuh ke lantai. 


Dia kemudian mengangkat murid itu di ketinggian paras dada lalu mencampaknya ke lantai di hadapan murid-murid lain yang hanya terdiam memerhatikan perbuatan guru berkenaan. Di penghujung video, wanitai tu menjerit 'Blahhhh' yang membawa maksud menghalaunya keluar dari kelas. 



Video yang dimuat naik di Facebook sejak jam 12.11 tengah hari Jumaat, 26 Mac 2021 itu telah dikongsi lebih dari 26,000 perkongsian dan majoriti netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit. 


"Allah... kenapa buat anak tu macam tu? Ibu bapa hantar anak ke sekolah untuk belajar, bukan untuk cikgu buli dan dera anak itu. Pihak berkenaan sila ambil tindakan terhadap cikgu ini," kata netizen. 


"Dia sendiri tak terdidik akal fikiran untuk menjadi pendidik, macam mana nak mendidik anak-anak di sekolah? Parent hantar anak ke sekolah bukan free tau! Service kau (cikgu dalam video tu) dibayar tau!


"Parent hantar anak punyalah berdoa tak putus-putus dengan harapan anak-anak dididik dengan baik di sekolah. Sampai di sekolah, anak kena macam tu. Tunggulah kau. Nak lari mana? Benda dah viral. Jangan ingat kuasa bawang rangers jer power, kuasa mak bapak kau tak tahu lagi. Tak tahulah macam mana hati parent anak tu tengok anak dia diperlakukan sebegitu oleh pendidik di sekolah," kata netizen lain. 


Sumber: DLoyeng Bc TV



from The Reporter https://ift.tt/3cof86T
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3daHAYP
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...