Minggu lalu, viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah pertunjukan fesyen yang diadakan di Damansara Perdana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Hal itu dibangkitkan berdasarkan pemerhatian dalam video jelas sekali menunjukkan ada tetamu yang tidak memakai pelitup muka, malah tiada penjarakan fizikal.
Turut viral kenyataan daripada seorang lelaki yang dengan selambanya mengaku tiada SOP yang diamalkan pada waktu itu dan jika ada yang disaman, mereka perlulah menanggung sendiri kos saman tersebut.
Founder sendiri cakap tak follow SOP. Huhu pic.twitter.com/Z79n5AfkOu
— Ainnnnnn (@ain_nasar) March 25, 2021
Susulan dari video viral itu, polis telah memberikan respon dan akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen tersebut yang diadakan pada 24 Mac 2021.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, semakan pihaknya mendapati semua tetamu yang hadir telah melanggar SOP yang ditetapkan.
"Penganjur memuat naik pelbagai gambar di media sosial sepanjang majlis berlangsung yang dianggarkan dihadiri 50 tetamu. Tetamu didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal ketika majlis berlangsung," katanya.
Polis masih mengesan penganjur dan semua tetamu yang terlibat. Polis juga akan membuat semakan daftar kehadiran menerusi MySejahtera. Kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
LEEYANA TAMPIL BERI PENJELASAN
Bagaimanapun dalam penjelasan yang dibuat oleh pihak penganjur itu mengatakan, pihaknya sememangnya ada menjaga SOP di mana pintu masuk dihadkan kepada satu pintu dan semua tetamu yang hadir perlu mengimbas Kod QR MySejahtera, termasuk memeriksa suhu badan serta memakai pelitup muka.
"Ada segelintir yang tak bawa pelitup muka dan pihak kami menyediakan pelitup muka untuk mereka pakai. Dan kalau ikutkan hall semalam boleh muat 400-500 orang. Tetapi kami hanya jemput separuh sahaja iaitu 200 orang dan ada penjarakan di setiap kerusi.
"Cuma itulah, di sebalik kami menjaga SOP, mungkin ada kecuaian dari pihak kami. Bila tetamu dah masuk, rata-rata mereka membuka pelitup muka sebab rata-rata memang nak bergambar. Mohon maaf atas kecuaian atau kealpaan pihak kami," jelas Leeyana Rahman.
HAFIZ PULA JELASKAN DIA SEKADAR BERGURAU
Sementara itu, Hafiz Hamid juga tampil memohon maaf di atas kata-katanya yang mendakwa tiada pengamalan SOP pada hari kejadian. Sebaliknya menjelaskan dia sekadar bergurau.
"Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
"Kata-kata tersebut hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan rapat. Sebagai hype kepada seseorang yang acah-acah diinterview," katanya.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS, Gempak, IG Leeyanarahman
from The Reporter https://ift.tt/3wjCQJs
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3w6KyGB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment