Seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga mendedahkan dia membayar 'orang asing' untuk memeluknya dan suaminya tidak kisah dengan hal itu.
Saskia mula menggunakan khidmat Cuddlist, perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu mengupah 'pemeluk' profesional, selepas dia berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.
Perpindahannya itu menyebabkan dia berjauhan dari suaminya, Arthur, bagi tempoh masa yang lama. Saskia yang mula berasa kesepian mengambil keputusan untuk mengupah pemeluk profesional itu untuk memenuhi keinginannya mendapatkan sentuhan kasih sayang di mana dia rela menghabiskan wang sebanyak $80 (RM331) sejam.
Bercakap dengan Love Don't Judge, Saksia menjelaskan, ramai yang menganggap perbuatannya itu aneh kerana dia sudah mendirikan rumah tangga. Namun dia tidak kisah dengan persepsi orang lain.
"Biarlah, saya tak kisah pun apa yang difikirkan oleh orang lain. Saya suka kasih sayang dan suka perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya.
"Saya 99 peratus yakin Arthur tidak berasa cemburu dengan hal itu sebab saya sudah memaklumkan dan berbincang dengannya. Dia lebih melindungi saya berbanding berasa cemburu. Jadi, asalkan saya selamat, segalanya baik-baik saja," katanya.
Sementara itu, Arthur berkata, dia dan Saskia menjalani hubungan monogami. Saya tak rasa berpelukan itu melanggar integriti hubungan.
"Saskia suka suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.
"Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan. Jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia," katanya.
Bagi pemeluk profesional yang tidak didedahkan identitinya itu pula berkata, perkhidmatan itu mendapat banyak permintaan dan setiap minggu mereka mendapat 200 permintaan.
"Saya ada banyak pelanggan yang dari pelbagai peringkat umur. Lelaki, wanita, warga tua dan juga orang muda di mana mereka perlukan sentuhan peribadi dan interaksi manusia," katanya.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3wac8CK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3m7DrJl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment