Tindakan kurang cerdik seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) membuat pusingan U di jalan yang tidak sepatutnya menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal cedera selepas gagal mengelak lalu merempuh kenderaan itu.
Menurut sumber, kemalangan itu berlaku pada jam 10.50 pagi Khamis, 25 Mac 2021 di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi seminit itu menunjukkan SUV itu terdahulu memperlahankan kenderaannya di sebelah lorong kiri untuk membuat pusingan U. Sedangkan di jalan itu jelas sekali menunjukkan garisan berkembar.
Kegagalan pemandu SUV memastikan keadaan jalan selamat untuk membuat pusingan U, menyebabkan motosikal pertama terpaksa mengelak dan nyaris dilanggar. Tetapi motosikal kedua yang dinaiki dua perempuan tidak sempat berbuat demikian.
Akibatnya, motosikal itu merempuh bahagian sisi depan kanan kenderaan SUV itu sebelum terjatuh di atas jalan raya.
Penunggangnya tidak sedarkan diri dipercayai akibat kepalanya terhentak di jalan raya, manakala pemboncengnya menahan kesakitan disebabkan terjatuh.
Pemandu SUV segera mengundurkan kenderaannya. Beberapa orang awam berhampiran termasuk penunggang motosikal pertama segera menghulurkan bantuan kepada dua mangsa berkenaan.
Tidak diketahui keadaan terkini dua mangsa terbabit, namun netizen menuding jari terhadap pemandu SUV yang membuat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3d8g0vy
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2P5rlV7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment