Tiga pekerja warga asing dilaporkan maut dalam kejadian struktur besi kren di tapak pembinaan laluan lebuh raya terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan di Alam Damai, Cheras, jam 8 pagi tadi.
Lapor Harian Metro, tiga yang maut merupakan pekerja pembinaan warganegara China, manakala seorang lagi mangsa merupakan pengguna jalan raya turut tercedera dalam kejadian itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Laluan di kedua-dua hala ditutup oleh pasukan Emergency Response Team SUKE bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) memaklumkan, dua mangsa dilaporkan terjatuh dari ketinggian 36 meter yang menyebabkan mangsa maut serta-merta.
Seorang lagi mangsa masih tersangkut di tapak pembinaan dan seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta, mengalami kecederaan parah.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/391jRJs
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3slUSbi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment