Seorang bapa meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya di Tik Tok berhubung makanan yang dijual oleh pihak kantin sekolah anaknya sangat mengecewakan.
Menurut Adam Azali, dia hanya mengetahui perkara itu setelah anaknya yang berusia 7 tahun membawa pulang makanan tersebut dan apabila dibuka, alangkah terkejutnya dia mendapati kualiti makanan yang dijual oleh pihak kantin sekolah.
"Anak Darjah Satu. Dia ingat mee, sebab tu dia bawa balik rumah. Bila saya tengok, megi rupanya sebab kembang. Dia ingat mee.
"Anak saya tak makan tadi. Nasib baik saya bagi bekal kat dia. roti dengan telur. Harga ni RM1.50. Berbaloi tak tuan-tuan? Kosong!" katanya.
@adamazali0 anak darjah 1, dia ingat2 Mee, sbb 2 dia bwk blk unh, BILA Sy tgk megi rupanya sbb kembang dia ingat2 Mee. adoooii pandapat anda
♬ original sound - Adam Azali456
Perkongsian video itu mendapat banyak respon dari netizen yang juga berpendapat makanan tersebut tidak setanding dengan harga, apatah lagi makanan segera tidak elok dijual kepada murid sekolah.
"Tak kira berapa harga, makanan tu tak berkhasiat langsung untuk kanak-kanak. Maggi tak sesuai untuk kanak-kanak.
"Ibu bapa pun tak bagi budak-budak makan maggi, ni sekolah pula bagi makan maggi. Aduii," kata netizen.
"Awat la depan ni jual lagu ni kat budak-budak. Siapa mau makan kosong lagu ni? Boh la ayam sikit, telur dengan sayur sikit pun berbaloi dah RM1.50 oi. Tak berbaloi langsung," kata netizen lain.
Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya untuk tidak sekadar mengadu di Tik Tok, sebaik-baiknya buat aduan kepada pihak sekolah agar tindakan dapat diambil segera terhadap pihak pengusaha kantin sekolah berkenaan.
Sumber: Tik Tok Adam Azali
from The Reporter https://ift.tt/3kD4HPj
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e2TR3V
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment