loading...

Tuesday, 2 March 2021

'10 tahun penjara tak boleh ganti 1 nyawa' - Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk


Seorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, Kuantan, awal pagi Isnin, 1 Mac 2021. 


Muhammad Akmal Hakim, 22, pekerja kilang di kawasan perindustrian Gebeng, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian. 


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kemalangan yang membabitkan motosikal dan kereta jenis MPV itu berlaku pada jam 1 pagi di mana mangsa pada ketika itu dalam perjalanan ke rumah keluarganya di Kampung Padang. 


Kereta MPV tersebut dipercayai dipandu oleh suspek berusia 26 tahun berada di bawah pengaruh alkohol dan apabila tiba di lokasi, suspek merempuh motosikal mangsa yang menyebabkan Muhammad Akmal terpelanting di cermin hadapan kenderaan suspek. 


Suspek juga mengheret motosikal tersebut dan terus memandu sejauh 1.5 kilometer sebelum memberhentikan kenderaannya di hadapan rumah ahli keluarganya. 


Hasil siasatan awal polis mendapati, kadar kandungan alkohol dalam badan penganggur itu melebihi had yang dibenarkan ketika memandu.



Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai lima saman kesalahan memandu melebihi had laju, yang masih belum dibayar. 


Suspek direman sehingga 4 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000. 


Sepupu mangsa yang dikenali sebagai Sabrina, juga berkongsi mengenai kemalangan tersebut di media sosial dan berharap keadilan dapat dituntut buat Muhammad Akmal. 


"Rest well Muhammad Akmal Hakim. Justice for Mamal, 10 tahun penjara tak boleh ganti satu nyawa," tulisnya.


Sumber: Kosmo Online, Twitter Sabrina



from The Reporter https://ift.tt/3qjuj57
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3bc6Iiq
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...