loading...

Monday, 1 March 2021

'Saya tak pandai nak berkata-kata manis' - Lelaki nekad bina pulau indah untuk tawan semula ex-girlfriend tetapi tetap kena REJECT!


Seorang lelaki cuba menawan semula hati bekas teman wanitanya dengan membina sebuah pulau khas untuk buah hatinya itu menggunakan duit tabung. Namun usahanya itu menjadi sia-sia.


Walaupun begitu, pulau tersebut kini menjadi tempat romantis yang sering dikunjungi oleh pasangan kekasih muda.


Lelaki bernama Xu, berasal dari Guangdong, China itu dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya tahun lalu. Ketika itu, Xu mahu menjaga orang tuanya yang sudah lanjut usia dan mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di kampung halaman. 


Rumah teman wanitanya pula berada di bandar dan orang tuanya menghalang anak perempuan mereka tinggal di kampung menyebabkan pasangan itu berpisah. 


Patah hati dengan apa yang berlaku, Xu kembali ke kampung halamannya di mana dia menghabiskan ratusan ribu yuan untuk membina sebuah pulau kecil berukuran 20 hingga 30 meter persegi di kampungnya. 


Dia juga mengupah penduduk kampung untuk membantu membina jambatan untuk disambungkan pada pulau kecil itu dan menanam pokok dan buaian di tengah pulau. Selain itu, dia juga menanam pokok sakura sebagai simbol cinta jika menurut karya sastera klasik China. 


Xu mula membina pulau itu sejak Disember 2020 dan projek siap sepenuhnya pada akhir Januari 2021.


"Ini adalah tempat yang ideal untuk fotografi," katanya sambil menunjukkan latar belakang awan putih dan pergunungan yang membentuk pemandangan yang sangat indah serta menakjubkan. 



Setelah mengetahui apa yang dilakukan oleh Xu, bekas teman wanitanya sangat tersentuh tetapi dia tetap menolak untuk kembali ke pangkuan Xu.


"Terima kasih di atas usaha dan dedikasi awak yang sangat tulus. Saya harap awak bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada saya," katanya.


Walaupun Xu tidak berjaya menawan kembali hati bekas teman wanitanya, dia tidak menyesal dengan apa yang telah dilakukannya itu. Apa yang penting katanya, dia ikhlas dalam apa yang dilakukan dan itu sudah memadai.


Sumber: Chinese Daily



from The Reporter https://ift.tt/2O8qjH3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3b48sKr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...