Jepun menggesa pihak kesihatan China berhenti melakukan anal swab test (ujian calitan dubur) Covid-19 ke atas rakyatnya di negara itu kerana prosedur tersebut boleh menyebabkan kesakitan psikologi, kata jurucakap Kerajaan Jepun, semalam.
Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato berkata, kerajaan Jepun masih belum menerima maklum balas dari Beijing yang akan mengubah prosedur tersebut dan Jepun akan terus mendesak China untuk mengubah cara ujian saringan yang dilakukan.
"Ada beberapa rakyat Jepun melaporkan kepada kedutaan kami di China yang mereka diarahkan menjalani ujian calitan dubur yang menyebabkan kesakitan pisikologi yang teruk," kata Kato pada sidang akhbar.
Namun tidak diketahui berapa ramai rakyat Jepun yang telah diarahkan melakukan ujian tersebut untuk pengesanan koronavirus, tambahnya.
Beberapa pusat kesihatan di China menggunakan sampel yang diambil dari dubur bagi mengesan jangkitan berikutan China mengambil langkah drastik bagi memastikan tiada pembawa yang berpotensi menyebabkan virus tersebut terlepas dari saringan pihaknya.
Untuk mendapatkan sampel itu, putik kapas perlu dimasukkan dalam dubur sedalam tiga hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan diputar beberapa kali.
Selepas selesai, putik kapas itu akan dikeluarkan dan disimpan dalam bekas sampel di mana prosedur itu mengambil masa selama 10 saat sahaja.
Beijing dikatakan mula menggunakan kaedah tersebut dengan lebih kerap setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun diuji positif Covid-19 pada Januari lalu.
Hanya beberapa hari dalam bulan Januari, lebih daripada tiga juta penduduk di Beijing telah melakukan ujian calitan dubur bagi membendung penularan wabak tersebut, kata pihak berkuasa.
Diplomat Amerika di China mendakwa, minggu lalu mereka dipaksa melakukan ujian calitan dubur untuk pengesanan jangkitan Covid-19. Washington kemudian mengadu prosedur tersebut tidak bermaruah dan meminta kakitangan kedutaan menolak ujian tersebut sekiranya diminta berbuat demikian.
Namun, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata, "Setahu saya, China tak pernah meminta kakingan diplomatik Amerika yang ditempatkan di China untuk melakukan ujian calitan dubur."
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3q8bf9R
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PqzN12
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment