Ketagihan terhadap game pada masa ini amat membimbangkan kerana ada yang sanggup mengabaikan waktu makan, waktu bersama keluarga, waktu menjalankan kewajipan semata-mata ingin memenuhi nafsu bermain game tanpa mengira masa.
Ini bukan berlaku di kalangan remaja atau orang bujang, malah turut berlaku pada mereka yang sudah berumahtangga. Apabila ditegur ahli keluarga, pastinya mereka memberontak sehingga tercetusnya pertengkaran sekiranya gagal mengawal emosi.
Baru-baru ini, seorang gamers tampil berkongsi kejadian yang menimpa anaknya di mana dia merasakan, tragedi yang menimpa anak lelakinya itu tidak akan berlaku sekiranya dia tidak mengabaikan permintaan si kecil itu.
INI satu cerita pengajaran, jangan kecam. Ini semua realiti.
Aku selalu bermain PUBG sampai subuh, lupa habis anak bini. Top up? Tak payah ceritalah, beribu ringgit dah dihabiskan. last sekali yang membuatkan aku tersentak dan tersedar bila satu hari itu...
Aku on PUBG, tengah dok war anak aku datang minta buatkan susu. Aku buat tak hairan je, aku kata "Suruh mommy buatkan, abah dok perang ni".
Masa tu mak dia kat dapur, tengah memasak. Aku aku dok tunggu je aku sambil pegang botol susu dia. Oleh kerana dia malas nak menunggu, dia pun main berlari-lari sambil pegang botol susu dia.
Tiba-tiba dia tergelincir di depan aku. Aku nampak dia terjatuh, nampak macam terjatuh perlahan saja, lepas itu dia menangis. Aku pun marahlah dia.
"Pasai apa main lari-lari? Kan dah jatuh".
Tetapi cara dia menangis pada masa itu amat pelik. Dia menjerit tersedu-sedu. Mommy dia pun berlari datang cepat-cepat angkat dia. Rupa-rupanya tangan dia dah terkulai! Tak boleh bergerak! Rupanya dah patah!!
Ya Allah Ya Tuhan.. aku terus baling handphone, start kereta terus bawa anak pergi ke Jabatan Kecemasan.
Dari saat itu aku tersedar, bila anak bini panggil, sesibuk mana kau sekalipun, jawablah, pergilah dan tinggalkan game alam maya kau itu. Mereka lebih penting.
Kalaulah masa itu aku yang bangun pergi buat susu anak aku, mesti dia takkan patah tangan kan?
Sejak dia duduk di wad, sampai ke hari ini aku masih fobia nak ON PUBG.
Wahai kawan-kawan aku di sini, ingatlah pesanan aku ini. Keluarga kita itu lebih penting dari apa-apa pun. Jangan jadi seperti aku. Masa aku menulis post ini sekarang pun, simen di tangan anak masih belum dibuka lagi. Sebulan kemudian baru boleh dibuka.
Sumber: Adyca Elysium Gaming
from The Reporter https://ift.tt/38aoyjF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Pu3AWx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment