loading...

Tuesday, 19 January 2021

(Video) 'Ya, saya kecewa..' - Majlis pernikahan batal, pengantin lelaki tak sediakan mas kahwin


Sepasang calon pengantin terpaksa membatalkan pernikahan kerana si pengantin lelaki gagal membawa mas kahwin yang dijanjikan untuk diberi kepada calon pengantin perempuan. 


Difahamkan, pengantin lelaki itu sebenarnya tidak menyediakan mas kahwin seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini. 


Hal itu membuatkan pihak pengantin perempuan berasa ditipu dan diaibkan oleh pihak pengantin lelaki, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membatalkan saja pernikahan itu. 


Kejadian itu menyebabkan kekecohan di kalangan pihak keluarga wanita dan penduduk setempat sehingga memaksa campur tangan pihak polis untuk meredakan keadaan. 


Sebelum itu, pihak pengantin lelaki telah berjanji untuk memberi emas sebanyak 10 gram dengan sejumlah wang untuk majlis pernikahan mereka. Tetapi janji itu tidak ditunaikan. 



Sementara itu, pengantin perempuan juga tidak keberatan untuk membatalkan pernikahan tersebut kerana dia berasa sangat kecewa dengan bakal suaminya yang itu. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3isUqEd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3sDMHrz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...