loading...

Tuesday, 19 January 2021

(Video) 'Saya apa pun tak ada! Tolong! Tolong!' - Guru diragut, suspek berjaya ditahan


Seorang guru wanita diragut seorang lelaki bermotosikal dalam kejadian yang berlaku di kawasan rumah kedai dua tingkat di Econ Sunctuary, Telok Panglima Garang, jam 8.20 pagi, 19 Januari 2021. 


Mangsa berusia 51 sebelum itu baru sahaja keluar dari kenderaannya sebelum dihampiri oleh suspek yang menunggang motosikal BPC 6163, mengacu parang ke arahnya. 


"Saya apa pun tak ada! Tolong! Tolong!" kata mangsa tetapi tidak diendahkan oleh suspek.


Mangsa cuba melarikan diri tetapi disebabkan panik, mangsa terjatuh dan di kesempatan itu suspek terus turun dari motosikal dan merentap beg tangan mangsa yang mengandung dokumen peribadi dan wang tunai. 


Mangsa mengalami bengkak di bahagian kepala, lebam di lengan dan lutut sebelah kanan serta sakit di bahagian atas paha kanan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. 


Bagaimanapun, suspek telah diberkas polis selepas lapan jam kemudian, di Kampung Sijangkang pada jam 4 petang, hari yang sama berdasarkan maklumat dari orang awam. 


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, "Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan rondaan, kemudian mengesan serta menangkap suspek di Kampung Sijangkang petang tadi," katanya. 


Turut ditemui, sebahagian barangan milik mangsa ragut. Beg tangan mangsa dipercayai telah dibuang. 


Polis akan memohon perintah reman di mahkamah hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. 



Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3bTvPar
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LQGB6H
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...