loading...

Monday, 4 January 2021

'Kesian bomba, awal tahun dah kena pegang anu orang' - Lelaki Alor Setar alami kesakitan selepas sarung cincin di anu


Perbuatan seorang lelaki berusia 38 tahun menyarung cincin di kemaluannya mengundang padah apabila cincin itu tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan kesakitan yang tidak terkata. Kejadian itu berlaku di Alor Setar. 


Tidak dapat menanggung kesakitan itu, mangsa terus bergegas ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan bantuan. Pihak HSB kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan dari HSB pada jam 4.07 pagi dan mengerahkan sepasukan anggotanya ke HSB. 


Sebaik tiba di HSB pada jam 4.12 pagi, anggota terus memulakan operasi memotong cincin tersebut dengan menggunakan alat pemotong cincin. 


Operasi dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan berlaku kecederaan serius pada mangsa yang sudah berkahwin. 


Setelah hampir dua jam, bomba berjaya memotong cincin tersebut dan operasi ditamatkan pada jam 5.51 pagi Jumaat, 1 Januari 2021. 


Menurut Ahmad Naufal, kes itu merupakan kes pertama yang membabitkan cincin tersangkut di kemaluan pada tahun 2021. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/392UtSK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2L2AGLp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...