Seorang penunggang basikal mendakwa dia berjaya melarikan diri dari makhluk asing (alien) yang kelihatan seperti mentadak setinggi tujuh kaki dan sempat melakar gambarnya.
Paul Froggatt, 26, yang bekerja di sebuah kilang menegaskan bahawa dia tidak mengambil sebarang minuman keras atau dadah ketika berkongsi lakaran alien itu dengan pihak Daily Star.
Menurut Paul, dia sebelum itu terjatuh dari basikal selepas bertembung dengan alien berkenaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Warwick, United Kingdom.
Sejak dari insiden itu, Paul mengalami trauma dan kesukaran untuk tidur setelah berbasikal di kawasan kejadian selepas tamat syif kerja 12 jam di kilang makanan anjing.
Tambah Paul, dia terpaksa berhenti dari kerja setelah digelar rakan-rakannya sebagai 'Mantis man of Warwick'.
"Pada jam 5 pagi hari kejadian, saya mengayuh basikal pulang dari tempat kerja dan ternampak sesuatu yang ganjil di langit, berwarna jingga dan bersinar.
"Saya berhenti untuk mengambil beberapa gambar objek itu yang kelihatan agar besar. Bila benda itu mula bergerak dan berputar, saya terus menggigil dan bergegas pulang ke rumah.
"Dalam perjalanan, sumpah benda itu mengekori saya sepanjang jalan tetapi saya cuba sedapkan hati sendiri yang itu semua hanyalah perasaan saya sahaja.
"Bila masuk ke kawasan hutan, benda itu hilang. Kebiasaannya di waktu awal pagi, kawasan ini penuh dengan bunyi burung dan serangga tetapi pada waktu itu semuanya sunyi sepi.
"Semasa melalui selekoh, saya ternampak sesuatu yang saya tidak akan lupakan. Beberapa meter di depan, saya ternampak makhluk terrsebut yang tingginya kira-kira tujuh kaki dan kelihatan seperti seekor mentadak tetapi berdiri dengan dua kaki seperti manusia.
"Saya tergamam dan terkedu melihatnya dan benda itu juga menatap ke arah saya. Saya rasa dia dapat membaca fikiran saya," katanya.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/36ntPDN
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3r8f67K
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment