loading...

Friday, 8 January 2021

Anak asuhan hiperaktif punca pengasuh dera sampai mati


Pengasuh yang didakwa mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati dikatakan berbuat demikian kerana tidak tahan dengan mangsa yang terlalu hiperaktif. 


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek mula mengasuh mangsa sejak September 2020, sementara bapa mangsa berada di Vietnam dan tidak dapat pulang ke Malaysia ekoran pandemik Covid-19. 


Ibu mangsa pula dikatakan telah hilang dan melarikan diri. Disebabkan itu mangsa dijaga oleh suspek dan dua anak lelakinya berusia 22 dan 24 tahun. 


Suspek dikatakan tidak mempunyai pertalian saudara dengan mangsa. Kenalan bapa mangsa yang meminta pengasuh menjaga kanak-kanak berkenaan. 


Pada 2 Januari lalu, polis menerima maklumat dari seorang penduduk yang memaklumkan mangsa ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah. 


Apabila polis tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan kecederaan di badannya. 


Ekoran dari penemuan mayat mangsa, tiga suspek terbabit ditahan reman selama lapan hari. 


Kertas siasatan kes itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan suspek utama akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala dua anaknya akan dijadikan saksi pendakwaan. 


Saiful Azly berkata, meskipun terdapat perumpamaan jangan menjaga tepi kain orang, namun ada perkara yang masyarakat peka terutamanya jenayah yang membabitkan kes dera. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3noaOGL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q6PDLr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...