Setiausaha Agung UMNO baharu, Ahmad Maslan memohon maaf sekiranya ada pihak yang terkilan dengan kenyataannya sebelum ini yang dianggap sebagai merendahkan orang.
Ahmad Maslan terdahulu dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan golongan yang tidak berpendidikan tinggi kurang memahami keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat, berbanding golongan yang berpendidikan tinggi.
"Ya benar, saya minta maaf kepada pihak yang terkilan terhadap saya. Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan," katanya melalui status yang dimuat naik di Facebook.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti itu, apatah lagi ketika berbahas di Dewan Rakyat.
"Berbahas di Dewan Rakyat itu lain. Pun saya tak pernah hina mereka. Saya dilahirkan dalam keluarga miskin, anak penoreh. Bukan sifat saya hina orang," katanya.
Minggu lalu ketika berada di Wacana Ilmu anjuran UMNO Perak, Ahmad Maslan merujuk pada satu klip video temubual wartawan dengan seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU-15 tidak wajar diadakan sebab Covid-19.
Menurut Ahmad Maslan, pemarut kelapa itu mungkin tidak faham mengapa PRU-15 perlu segera diadakan dan beranggapan pemarut kepala berkenaan berkemungkinan tidak berpendidikan tinggi.
"Tapi kalau sekolah tinggi, UIA, PhD ni, saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat," katanya.
Sumber: Facebook Ahmad Maslan
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2LzFxUz
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35HwcAN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment