loading...

Monday, 4 January 2021

'Penerbangan yang terakhir untuk tahun ini..' - Pramugari dirogol & dibunuh sekumpulan lelaki di malam Tahun Baru 2021


Polis telah memfailkan pertuduhan merogol dan membunuh terhadap 11 lelaki selepas mayat pramugari ditemui dalam sebuah bilik hotel di bandar Makati, Filipina. 


Mangsa, Christine Angelica Dacera, 23, ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di bilik hotel yang menjadi tempat dia bersama dengan rakan-rakan menyambut ambang Tahun Baru 2021. 


Mangsa kemudian dibawa oleh tiga rakannya dengan bantuan kakitangan hotel ke hospital berdekatan dan pemeriksaan mendapati Christine telah meninggal dunia. 


Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama dengan Christine pada waktu kejadian. 


Polis kini sedang menunggu hasil laporan bedah siasatan dan toksikologi untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap 11 suspek terbabit. 


Tiga daripada 11 suspek itu merupakan rakan Christine, manakala bakinya adalah individu yang tidak dikenali oleh mangsa dan merupakan kawan kepada tiga rakan Christine. 


Kesemua suspek didakwa atas pertuduhan merogol berikutan penemuan kesan koyakan dan sperma di bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, kesan lebam dan cakaran turut ditemui pada badan mangsa. 


28 Disember 2020, mangsa ada memuat naik gambar terakhir yang menunjukkan dirinya memakai sut PPE dan bersandar di pintu pesawat. 


"Penerbangan yang terakhir untuk tahun ini."


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3rRRqWd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nfcmTB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...