loading...

Wednesday, 27 January 2021

Bayi maut akibat tertelan bateri yang tertinggal di dalam badannya selama 4 hari


Seorang bayi lelaki berusia 23 bulan dilaporkan maut akibat tertelan bateri (button baterry) yang berada dalam badannya selama empat hari tanpa dikeluarkan. 


Paramedik sebelum itu cuba menyelamatkan nyawanya tetapi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dalaman. 


Jonathon Huff dikatakan memasukkan bateri tersebut ke dalam mulut tanpa pengetahuan ibu bapanya, yang kemudian terbiar di dalam badannya selama empat hari.


Dalam tempoh itu, bateri tersebut bertindak balas dengan air liur yang menghasilkan soda kaustik menyebabkan esofagus, usus dan aorta 'terbakar' dan menjadi punca mangsa maut.


Mangsa yang berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 20 Disember 2020, lapor The Sun. 


Jacki, 35, dan AJ, 34, pada awalnya menyangka anak mereka terkena jangkitan virus dari bateri tersebut ekoran suhu badannya naik mendadak dan mengalami pendarahan di bahagian hidung. 


Setelah menjalani pemeriksaan sebanyak dua kali, mangsa mula muntah darah sebelum terjatuh tidak sedarkan diri. 


Meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkannya, Jonathon meninggal dunia dan laporan bedah siasat menemui bateri di bahagian usus, dipercayai bateri dari 'remote' kereta. 


Ibu bapa dinasihatkan sentiasa menyimpan bateri dengan selamat dan memastikan benda-benda berbahaya itu tidak mudah dicapai oleh anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak mengenai bahayanya benda-benda seperti itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/3qWahy5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3a2jKx2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...