loading...

Friday, 29 January 2021

Bakal pengantin di Kedah perlu lakukan ujian saringan Covid-19 sebelum akad nikah - JHEAIK


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud memaklumkan, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum menjalani akad nikah di negeri itu bermula 1 Februari depan. 


Bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah, tiga hari sebelum akad nikah berlangsung. 


Ujian saringan itu boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang diiktirafkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk swasta dan kos perlu ditanggung sendiri. 


Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri dikehendaki mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis. JHEAIK dan pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi tujuan merentas daerah atau negeri.


Akad nikah yang dilakukan di PAID hanya boleh dihadiri oleh jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan pematuhan SOP yang ketat bagi mencegah penularan Covid-19. 


Sementara itu, bagi kursus pra perkahwinan pula ditangguhkan buat sementara waktu dalam tempoh PKP 2.0. JHEAIK juga tidak menngiktirafkan sijil kursus pra perkahwinan yang dilakukan secara online. 


"Sebaliknya, proses temuduga akan dilakukan bagi menggantikan kursus pra perkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri Kedah.


"Pihak PAID berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan yang ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3iXh2Nm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iXiGyw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...