loading...

Wednesday, 20 January 2021

'Aku baru keluar dari kereta nak ambil anak kat sebelah' - Wanita kesal dikompaun pihak berkuasa sebab tak pakai mask, sedangkan...


Menteri Kanan (Pertahanan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini pernah memaklumkan bahawa orang awam tidak perlu memakai pelitup muka di tempat awam sekiranya hanya bersendirian dan kawasan itu tidak bersesak. Namun, timbul beberapa kes yang membabitkan orang awam dikenakan kompaun. 


Seperti kes yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita tampil meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter yang dia dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam. 


Sedangkan pada waktu itu katanya, dia baru saja keluar dari kereta untuk mengambil anaknya di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan ketika itu juga, kawasan tersebut juga tiada orang lain. 


"Kau bayangkan, aku baru keluar dari kereta nak pergi ambil anak aku kat seat sebelah. Bukan tempat Sesak.cafe aku pun tak buka lagi. 


"Dia saman aku weyh, dia saman! Sebab aku bukan politician. Kedai keliling cafe aku semua tutup! Doakan aku nak fight esok," tulis Kakti di Twitter. 


Kakti turut berkongsi keratan SOP yang menjelaskan pemakaian pelitup muka di kawasan-kawasan tertentu dan tidak diwajibkan pakai jika berada di dalam rumah dan di dalam kenderaan sendiri. 


"Aku di cafe sendiri yang belum beroperasi, di kereta sendiri nak pakaikan anak kasut, tiada orang di sekeliling. Memang bukan kawasan sesak. Mask memang ada dalam kereta, pintu cafe pun baru buka separuh je, diri dalam kawasan pintu kereta yang terbuka. Adakah betul untuk aku dikompaun?


"Apa yang aku tahu, Ismail Sabri cakap tak perlu (pakai mask) kalau tak ada orang di sekeliling. Walhal sebelum itu aku pergi kedai lain memang pakai mask. Boleh check nama di MySejahtera.


"Cuma bila dalam kereta aku buka mask dan untuk ambil anak aku. Adakah wajar untuk dikompaun?" soalnya. 


Kes Kakti itu juga mendapat perhatian dari Pusat Khidmat Parlimen Segamat yang menawarkan diri untuk membantunya. 


Sumber: Twitter Kakti



from The Reporter https://ift.tt/391iBq1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39Op7Qg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...