loading...

Wednesday, 27 January 2021

Ibu bunuh 2 anak gadisnya kerana percaya cakap 'Tok Moh'


Akur dengan nasihat pengamal ilmu hitam, seorang ibu sanggup menghentak dua anak gadisnya sehingga mati. 


Lebih teruk lagi, kejadian yang menimpa dua beradik itu berlaku di depan mata bapa mereka pada Ahad lalu di kampung Ankieshettypallem Andhra Pradesh, India. 


Orang ramai yang mengetahui kejadian itu segera memaklumkan kepada polis yang tidak beberapa lama kemudian datang ke lokasi. 


Mangsa dikenal pasti sebagai, Alekhya, 27, dan adiknya, Sai Divya, 22. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital kerajaan di Madanapalle untuk tindakan lanjut. 


Ibu mangsa yang masing-masing bekerja sebagai pengetua sekolah dan profesor madya di sebuah kolej ditahan. Polis turut merampas senjata seperti tombak bermata tiga dan dumbel yang digunakan dalam kejadian itu. 


Polis percaya, kes pembunuhan itu membabitkan ritual keagamaan berdasarkan penemuan tanda-tanda yang berkaitan menunjukkan suspek terpengaruh dengan kepercayaan karut. 


Siasatan mendapati, Alekhya yang bekerja di Bhopal manakala Sai Divya baru menamatkan pengajiannya di Chennai, pulang ke rumah untuk melawat keluarga. 


Ketika di soal siasat, ibu mangsa berkata, anak-anak gadisnya itu akan 'kembali' menjelang waktu pagi. Berdasarkan kata-katanya itu polis percaya suspek mengalami delusi. 


Walaupun suspek menegaskan dia melakukan pembunuhan itu seorang diri tanpa nasihat sesiapa, polis akan terus melakukan siasatan untuk mencari mereka yang datang mengunjungi rumah tersebut untuk melakukan ritual berkenaan sejak beberapa hari lalu. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3iY2sW0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qTaOAU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...