loading...

Tuesday 10 November 2020

'Kejap tak wajib, kejap wajib, pening la!' - CPRC kata wajib scan kod QR di stesen minyak walaupun tak masuk ke kedai serbaneka atau bayar guna kad di pam


Individu hanya perlu mengimbas Kod QR dengan aplikasi MySejahtera apabila masuk ke kedai serbaneka di stesen minyak, kata Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).


Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, arahan yang diberikan kepada mereka adalah hanya mendaftarkan perincian pelanggan ketika mereka memasuki lokasi tersebut dan tiada keperluan untuk berbuat demikian ketika sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing. 


"Apa yang diberitahu kepada kami ialah, kami harus memiliki kod QR dan melakukan pemeriksaan suhu pada pelanggan yang mahu memasuki kedai. Selain daripada itu, tidak perlu," katanya memetik laporan dari The Sun, Selasa, 10 November 2020. 


Perkara itu juga telah disahkan oleh salah seorang pengusaha stesen minyak yang mengambil inisiatif menghubungi pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) untuk mengesahkan perkara itu.


Khairul juga berkata, adalah berbahaya jika pelanggan menggunakan telefon bimbit berdekatan dengan pam minyak yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Bagaimanapun, Penyelaras CPRC, Jamal Abdul Nasir pula berkata, pelanggan adalah diwajibkan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera di stesen minyak selain.


Peraturan itu juga diwajibkan kepada pelanggan yang membayar menggunakan kad di pam minyak, walaupun tidak masuk ke kedai serbaneka stesen minyak tersebut. 


"Untuk makluman semua pelanggan yang datang ke mana-mana premis kedai termasuk stesen/pam minyak adalah diwajibkan untuk membuat scan QR code MySejahtera, pemeriksaan suhu badan dan pemakaian pelitup muka walaupun tidak memasuki premis tersebut dan hanya membuat bayaran menggunakan kad kredit, ke tandas, mengisi angin dan sebagainya," katanya. 


Terdahulu viral di media sosial klip video seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika sedang mengisi minyak pada kenderaannya.


Sumber: The Sun, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3lioXFg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36mr8RZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...