Sebuah gerai nasi ayam yang popular di USJ4, Subang Jaya berkemungkinan terpaksa ditutup setiap kali kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini kerana, prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan bagi PKPB menetapkan, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan berada dalam sebuah kenderaan, di kawasan yang dilaksanakan PKPB. Hal itu membuatkan pengusaha gerai nasi ayam ini berada dalam dilema dan baru-baru ini dia telah dikenakan 3 kompaun bernilai RM3,000 dalam satu masa.
Menurut Seow Boon Keong yang sudah 20 tahun menjalankan perniagaan nasi ayam di USJ4 itu berkata, pada hari kejadian iaitu 14 Oktober 2020 dia bersama dengan dua ahli keluarganya iaitu adik perempuan dan anak saudara dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki keretanya.
Setelah selesai, mereka pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang sebelum ditahan polis ketika melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran Plaza Tol USJ dan dikenakan tiga kompaun berasingan setiap satunya bernilai RM1,000.
"Kami melakukan perjalanan dari Jenjarom ke USJ4 setiap hari agar perniagaan nasi ayam kami dapat dijalankan. Jarak perjalanan dari Jenjarom ke USJ4 adalah 30 kilometer. Disebabkan jarak jauh dan dua yang lain tidak mempunyai lesen memandu maka kami menaiki kereta yang sama untuk pergi ke tempat kerja.
"Itu adalah rutin seharian kami dan kami tidak pergi ke mana-mana selepas selesai bekerja.
"SOP dua orang dalam satu kenderaan adalah tidak sesuai untuk orang seperti kami yang mengusahakan perniagaan. Bahkan, kami mempunyai surat yang mengesahkan bahawa kami bekerja dan menjalankan perniagaan di USJ4.
"Bagaimana nak meraih pendapatan di waktu yang sukar, kalau perkara seperti ini (kompaun tak munsabah) berterusan? Jarak dari Jenjarom ke USJ4 jauh dan jika menggunakan perkhidmatan Grab, ia akan menelan kos RM40 bagi satu perjalanan untuk dua penumpang.
Seow berkata, peniagaannya mungkin terpaksa ditutup dan dia akan hilang satu-satunya sumber pendapatan bagi menyara keluarga.
Difahamkan, Seow diberi tempoh sehingga 26 Oktober ini untuk membuat rayuan pengurangan harga kompaun yang dikenakan.
"Saya berharap pihak berkuasa bertimbang rasa terhadap golongan peniaga yang perlu mencari rezeki terutamanya pada waktu begini," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, tindakan memberi kompaun itu tidak sepatutnya berlaku. Sebaliknya anggota berkenaan memberikan amaran awal kepada peniaga berkenaan.
Dalam pada itu, Wong Chen menasihatkan peniaga berkenaan membuat rayuan berdasarkan dua perkara penting.
"Terdapat dua alasan untuk mengemukakan rayuan. Pertama, peniaga dan dua penumpangnya adalah keluarga dan tinggal bersama. Oleh itu, berada dalam kenderaan yang sama tidak meningkatkan risiko penyebaran wabak itu.
"Kedua, mereka bukannya melakukan perjalanan suka-suka, tetapi dalam perjalanan ke tempat kerja yang jelas sekali bukanlah aktiviti yang dilarang dalam PKPB," katanya.
ADUN Subang Jaya, Michelle Ng, dan ADUN Banting, Lau Weng San, turut tampil menawarkan diri untukmembantu peniaga berkenaan.
"Lau Weng San dan saya akan meneliti kes ini dan akan membantu peniaga berkenaan membuat rayuan serta meminta pihak kementerian terbabit memperbaiki SOP berkaitan pengangkutan untuk keluarga yang mengusahakan perniagaan," katanya.
REAKSI NETIZEN
Panas siot hati aku baca. Org cari makan sial. Ko nak kompoun pegi la cari menteri. Takde budi bicara ke?? Org cari makan sial. Bukan travel sibok nak beli kuasa. Please sesapa tolong this uncle. This is not fair.
— 🇲🇾ن (@Enon28) October 16, 2020
kalau org nak rentas daerah nak urus kedai cari makan, kena saman ribu2.
— g l o w s q u i d (@Crandie_CMYK) October 16, 2020
tapi kalau org besar rentas daerah makan angin berkempen, kena kuarantin, teda saman.
patutlah semua org berebut mau jadi menteri.
Bodoh tak ada limit.
— Jangan Gila Kuasa 🇲🇾 (@PittKF) October 16, 2020
Dia nak suruh kawan tu ulang alik jenjarom 6x sehari baru puas hati?
Bangang tak ada batasan.@IsmailSabri60 terima kasih.
Elok sgt.
Rakyat yang susah dengan sop mengarut ni. Kenapa nak limitkan orang dalam kereta. Sama juga kau still contact dengan family kau kat rumah. Sop ni tak adil untuk rakyat.
— Cahaya Cendekiawan (@nabihahnurul2) October 16, 2020
Hmmm... tinggql satu rumah boleh nak kluar tak boleh satu kereta lebih dua orang tak faham aku . This government made SOP without proper thinking and plan. Lepas viral ubah SOP tapi selepas ramai kena saman
— Sosej&burger (@jckdaniell) October 16, 2020
Kereta 2 orang tu kalau tak kenal satu sama lain takpe jugak. Ni dah duduk serumah berguling dengan anak2 n bini atas katil tiba2 kt luar kena jauh2 pulak. Buat law atau sop tu biar berlandaskan logik jgk 👌
— Faizul Shar (@faizulshar) October 16, 2020
Untuk bro ni harap sabar je la. Peniaga memang paling terkesan kali ni.
Sebab tu sop ni kene details. Penguatkuasa kene tahu dan fahami SOP. Baru buleh kuatkuasa. Banyk arahan keluar yg bercanggah dri sejak pkp sampai pkpp.
— ميور (@BosMeor) October 16, 2020
.
Dan paling penting, penguatkuasa kene ad budi bicara. Sian org len
Sumber: SJ Echo
from The Reporter https://ift.tt/343pJ2U
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31h6fpz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment