loading...

Saturday, 5 September 2020

(Video) 'Saya merayu stop viral video tu, tutuplah aib anak saya' - Ibu Zuher mohon maaf kepada keluarga Nora Ariffin


Perkara yang paling ditakuti dalam dunia ini adalah apabila kita membuat kesalahan sehingga ibu mengeluarkan air mata.

Ibu kepada remaja yang mencium anak perempuan Nora Ariffin juga tampil membuat permohonan maaf dan merayu kepada netizen agar berhenti menyebarkan video anaknya itu. 

"Assalamualaikum. Mungkin ramai yang tidak mengenali saya. Tetapi based on video viral, mesti ramai yang mengenali Zuher. Di sini saya sebagai seorang ibu, dah beri penuh didikan, kasih sayang dan tunjuk ajar kepada dia. Tak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluan dia sebagai seorang anak.

"Tetapi sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Dia naif, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberi impak yang kesannya besar seperti ini. 

"Di sini saya nak memohon maaf di atas kesilapan anak saya dan memohon maaf kepada keluarga sebelah perempuan yang sudah sama-sama malu di atas perbuatan ini.

"Saya juga mohon kepada netizen dan semua supaya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan tolonglah berhenti sebarkan video itu. 

"Saya mohon sangat, tutuplah aib anak saya itu. Saya tak tahu nak cakap macam mana," katanya dalam nada yang sebak.

"Saya harap apa yang berlaku ini memang menjadi pengajaran untuk dia supaya dia jadi lebih baik di masa akan datang. 

"Dan kepada ibu-ibu di luar sana, mungkin apa yang berlaku ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak-anak kita. Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi. 

"Kepada Puan Nora dan keluarga, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas perkara yang berlaku. Terutama sekali saya minta maaf kerana tidak muncul sampai ke hari ini kerana saya baru mendapat kekuatan dan bersedia untuk menghadapi semua orang. 

"Saya harap kepada netizen semua, stopkan video itu. Ini hal dalaman keluarga, bagi kami yang selesaikan. Perkara ini tidak berlaku pada you all. You all boleh kecam, komen macam-macam. Tetapi kalau perkara ini terjadi pada family you all, baru you tahu apa yang kami rasa.

"Saya minta tolong sangat, jauh daripada hati saya, saya mohon dan saya merayu, tolonglah stopkan video itu, tolonglah tutup aib saya. Saya mohon sangat," ujar ibu Zuher yang tidak dapat lagi menahan air matanya.

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3jGDTvQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Z8ecwl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...