loading...

Tuesday, 1 September 2020

(Video) Budak perempuan diculik ketika ibunya buat pembayaran di kaunter stesen minyak


Seorang kanak-kanak perempuan telah diculik di sebuah stesen minyak ketika ibunya sedang membuat pembayaran di kaunter. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari stesen minyak di Boryspil, Ukraine menunjukkan, suspek lelaki berpakaian hitam mengambil kesempatan untuk mendekati mangsa, Elizaveta Kolisnichenko, 4, dan mengumpannya masuk ke dalam kereta suspek. 

Difahamkan, si ibu bersama anaknya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran pembelian petrol, manakala suaminya duduk menunggu di dalam kereta.

Pada waktu wanita itu sedang berurusan di kaunter, Elizaveta melihat barang mainan yang dijual dalam premis itu yang kemudian didatangi oleh suspek mengumpannya lalu dibawa masuk ke dalam kereta. 

Setelah memasukkan mangsa di tempat duduk penumpang belakang, suspek masuk ke dalam kereta dan segera meninggalkan kawasan itu. 

Pasangan itu menyedari anak mereka hilang, lalu membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, semua anggota polis termasuk pegawai penyiasat dikerahkan untuk mencari suspek berdasarkan video CCTV tersebut. 

Dua jam kemudian, suspek bersama dengan mangsanya berjaya ditemui di kawasan yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Boryspil. 

"Polis berjaya mengesan penculik itu dalam tempoh dua jam dan menyelamatkan mangsa. 

"Suspek berusia 29 tahun dan merupakan warga tempatan. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kembali kepada keluarganya," kata Ketua Polis Kiev, Andrey Nebytov. 

Ketika disoal siasat, suspek mengaku menculik mangsa dengan niat melakukan jenayah. Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu akan direman untuk siasatan lanjut. 

Nebitov juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari suspek, sekali gus menyelamatkan kanak-kanak itu dari menjadi mangsa seksual. 

Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/31LIsyO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3hOKKmg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...