"Dia masih sembunyi, nak lari ke Kukup," demikian kata mangsa yang mendakwa pembantu rumahnya warga Indonesia, telah melarikan wang, barang kemas serta beberapa lagi barangan penting miliknya.
Menurut mangsa, Lyz Zainol berkata, dia menyedari kehilangan wanita itu pada jam 4.30 petang Ahad (6/9/2020) yang meninggalkan bayinya seorang diri di rumah.
"Bibik saya telah melarikan diri, meninggalkan bayi saya berusia 12 bulan seorang diri di rumah," katanya.
Setelah diperiksa, mangsa mendapati wang tunainya berjumlah kira-kira RM800 telah tiada, begitu juga dengan rantai kahwin, beg tangan dan yang lain-lain turut diambil oleh wanita terbabit.
"Dia melarikan cash dalam RM700-RM800. Rantai kahwin saya, handbag saya, beberapa set Pandora, luggage Tokidoki dan diapers bag berjenama Terminus.
"Jumlah kerugian dalam RM28,000. Mungkin ada barangan lain, tapi tak sempat nak periksa lagi," katanya dalam status di Facebook yang dimuat naik pada jam 9.14 malam tadi.
Mangsa meminta orang ramai membantu mencari wanita terbabit dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu tampil menghubungi mereka di talian 013-7173600 atau 013-7173500.
Difahamkan, suspek berusia 29 tahun, pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Suspek yang bekerja sebagai pembantu rumah dibayar dengan gaji RM1,200 sebulan dengan kontrak selama dua tahun.
Menurut sumber, suspek dimaklumkan berada di Larkin dan dalam perjalanan ke Melaka. Suspek juga dipercayai hamil tujuh bulan dan pernah melakukan perbuatan itu pada bekas majikannya.
Suspek turut dibantu oleh seorang lelaki untuk melakukan jenayah itu.
"Minta tolong viralkan, tolong cari dia sampai dapat. Tolong. Mohon sesiapa yang ada akaun Twitter, sharekan di Twitter.
"Dia di Melaka sekarang. Rupanya mengandung tujuh bulan. Ada screenshot dari majikan lama dia, pun sama modus operandi. Ada lelaki yang menolong dia," kata mangsa.
Sumber: Lyz Zainol
from The Reporter https://ift.tt/3lXVvp2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ia85zc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment