Kemalangan jalan raya yang disebabkan pemandunya terlelap (microsleep) kerap kali berlaku ekoran pemandunya tidak mendapat rehat terutamanya apabila menempuh perjalanan jauh.
Microsleep boleh berlaku tanpa sebarang amaran apabila badan mengalami keletihan dan otak akan tertidur selama beberapa saat walaupun mata terbuka dan tangan memegang stereng.
Selain faktor badan, bentuk dan permukaan jalan raya dan keadaan cuaca juga boleh menyebabkan mengantuk dan ketika itu, segala input daripada deria penglihatan dan pendengaran sudah tidak dapat diproses otak.
Antara simptom seseorang itu mungkin bakal mengalami microsleep ialah:
- Mata kerap berkelip
- Pandangan kosong
- Menguap berlebihan
- Tersentak tiba-tiba
Ada yang berpendapat bahawa, memandu dengan laju boleh mengurangkan kesan mengantuk kerana pemandu akan lebih fokus. Tetapi itu semua adalah mitos dan boleh mengundang bahaya.
Dalam kes yang baru berlaku semalam, Isnin, 14 September 2020, sebuah kereta terbabas ke dalam Sungai Linggi kerana pemandunya terlelap (microsleep).
Dalam kejadian pada jam 5 pagi di Lingkaran Tengah, mangsa, Zaini Abdullah, 30, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pusat bandar. Namun kereta Audi A6 yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan menjunam ke dalam sungai.
Tiga hari sebelum kejadian itu berlaku, seorang pengguna Facebook juga berkongsi kes microsleep yang berlaku kepada dirinya dan hampir saja meragut nyawanya.
"Semalam aku seharian appointment dari Puchong - Senawang - Masjid Tanah - Melaka Raya. Balik pukul 2 pagi. Dengan mata yang maha barai, aku drive nak balik ke hotel.
"Aku sedar-sedar je dah langgar pokok. Badan rasa kebas. Tiba-tiba ada seornag lelaki Cina ini datang ketuk tingkap tanya okey atau tak.
"Elok je aku buka pintu, tiba-tiba ada asap keluar berkepul-kepul dari depan hood. Beberapa saat kemudian, tiba-tiba keluar api. Lelaki Cina ini tarik aku keluar, bawa jauh dari kereta.
"Call polis, bomba. Selepas 15 minit, bomba datang. Kereta dah rentung. 15 minit je kereta aku dah rentung separuh. Berkecai hati tengok kereta hancur di depan mata.
"Ambulans datang bawa ke Hospital Melaka untuk check up, buat ujian alkohol. buat pemeriksaan penuh. Mujur hanya soft tissue injury.
"Apa yang penting, aku selamat dah sampai rumah dari Melaka. Diselamatkan member datang kutip bawa balik ke Subang," katanya.
Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, dapatkanlah rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya anda berasa mengantuk ketika memandu, berhenti berehat di tempat yang disediakan.
Sumber: Harris Fitri, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/32xjTWR
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32xkxnf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment