loading...

Thursday, 10 September 2020

Polis tekan leher remaja lelaki menggunakan lutut kerana tak pakai face mask


Seorang pegawai polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan menekan lehernya menggunakan lutut kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Kejadian itu disaksikan oleh orang awam yang kemudian meminta anggota itu tidak bertindak keterlaluan kerana bimbang peristiwa yang menimpa George Floyd berulang kembali. 

Rakan setugasnya yang merakam kejadian itu turut meminta kad pengenalan dari seorang wanita tua yang dipercayai ibu kepada mangsa, kerana mengkritik tindakan melampau anggota berkenaan dan berkali-kali dia meminta penjelasan mengapa anaknya diperlakukan seperti itu. 

Insiden itu berlaku pada hari Selasa lalu di sebuah bandar di Miranda de Ebro, Basque di Sepanyol. 

"Ini bukan Amerika Syarikat, ini berlaku pada hari Selasa di Miranda de Ebro. Polis tahan remaja lelaki dengan kejam hanya kerana dia tak pakai pelitup muka dengan betul." tulis netizen yang menyebarkan video kejadian itu. 

Bagaimanapun, Ahli Majlis Keselamatan Dewan Bandaraya Miranda de Bro, Pablo Gomez berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali. Sebaliknya, remaja itu dikatakna cuba menyerang salah seorang anggota polis yang tiada dalam video viral itu. 

"Video hanya menunjukkan remaja itu diberkas, bukannya kejadian yang berlaku sebelum itu. Remaja itu ditahan kerana cuba menyerang salah seorang anggota polis dengan menggunakan rantai anjing selepas anggota terbabit meminta dia menggunakan pelitup muka dengan betul. 

Pablo berkata, pihaknya menyokong tindakan polis yang terlibat dan menasihatkan orang ramai menyiasat dahulu perkara yang sebenar sebelum membuat sebarang penilaian. 

Menurut sumber, anggota terbabit cedera di bahagian pipi, manakala remaja itu dibebaskan buat sementara waktu bagi memberi ruang polis untuk menjalankan siasatan. 

Bapa saudara remaja tampil memberi penjelasan, bahawa anak saudaranya itu sememangnya memakai pelitup muka tetapi pada masa kejadian, pelitup mukanya di bawah dagu sebelum didatangi polis. 

Namun dia menafikan dakwaan polis kononnya mangsa cuba menyerang anggota mereka yang sedang bertugas. Tidak puas hati dengan tuduhan fitnah itu, ahli keluarga mangsa mahu memfailkan saman. 

Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/33bkwnO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GQ4bO5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...