Padah ugut sebar gambar bogel seorang wanita, lelaki dan tunangnya ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Sungai Buloh dan Sea Park, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pasangan yang masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu didakwa mengugut mangsa berusia 22 tahun pada 31 Mei lalu.
Menurut mangsa, suspek meminta wang RM1,000 jika tidak mahu gambar bogelnya tersebar. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa kemudian membuat pemindahan wang ke dua akaun sebanyak RM300 dan RM400.
Keesokkan harinya, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan dalam keterangannya, mangsa mengaku ada memberi gambar bogelnya kepada bekas teman lelakinya.
Namun, telefon pintar milik bekas teman lelakinya itu dilaporkan hilang sejak Mac lalu.
Siasatan awal polis mendapati, suspek adalah rakan kepada bekas teman lelaki mangsa. Suspek menggunakan akaun tunangnya untuk tujuan pemindahan wang.
Semakan rekod juga mendapati, suspek lelaki mempunyai dua rekod kesalahan lampau yang membabitkan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya.
Pasangan itu ditahan dan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2Rp1Pru
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GSuG5j
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment