Sebuah kereta MPV Perodua Alza terbakar 30 peratus di bahagian dalamnya akibat letupan alat pengecas mudah alih (power bank).
Kejadian itu berlaku di kawasan tempat letak kereta di Hospital Tumpat, Kelantan.
Menurut sumber, power bank yang diletakkan di bahagian ruang simpanan tempat duduk penumpang belakang meletup secara tiba-tiba.
Letupan itu berlaku kerana power bank tersebut terdedah kepada cahaya matahari yang terik pada waktu itu.
Bahagian kerusi penumpang hadapan mengalami kerosakkan teruk, malah kebakaran kecil itu turut merosakkan tiang pintu dan bumbung.
Netizen juga berkongsi kejadian yang lebih kurang sama berlaku pada diri mereka sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesilapan itu.
Orang ramai diingatkan untuk tidak meletak atau meninggalkan power bank atau sebarang barangan yang mudah meletup di dalam kereta kerana kejadian seumpama ini sudah kerap kali berlaku sehingga ada yang melibatkan kehilangan nyawa.
Sebaik-baiknya, amalkan pengecasan penuh dan jika masih mahu menggunakan powerbank, pastikan keadaan alat pengecas itu dalam keadaan yang baik serta tidak ditinggalkan di dalam kenderaan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/2EX6Sgl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3jMfdSy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment