Pelakon Bollywood dan juga pengasas permainan FAU-G (mirip PUBG), Akshay Kumar, tanpa segan silu mendedahkan dirinya mengamalkan minum air kencing lembu setiap hari kerana percaya bahawa amalan itu mempunyai manfaat terhadap kesihatan termasuk melawan wabak Covid-19.
Akshay, 53, turut mempromosikan amalan itu dalam rancangan pengembara British, Bear Grylis apabila mereka minum teh yang diperbuat daripada najis gajah, di kawasan perlindungan harimau India.
"Saya amat teruja, saya mempunyai air kencing lembu setiap hari atas alasan ayurvedic. Jadi itu adalah okay," katanya.
Kebanyakan penganut Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan amalan meminum air kencingnya bermanfaat untuk kesihatan.
Kerajaan India juga memperuntukkan jutaan dolar untuk membuat penyelidikan berasaskan bahan buangan haiwan ternakan bagi merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser.
Meskipun tiada bukti saintifik, beberapa ahli politik dari parti Perdana Menteri India, Nerendra Modi, juga mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan Covid-19.
Difahamkan, setakat ini seramai 4.6 juta orang di India telah dijangkiti Covid-19 dan kematian yang dicatatkan adalah sebanyak 76,000.
Sumber: AFP, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3kfCZXA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33sLtDE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment